Polis Siasat Kes Samun Barang Kemas Tular

samun barang kemas

Polis Siasat Kes Samun Barang Kemas Tular

IPOH (Bernama) — Polis sedang menyiasat kejadian samun barang kemas dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, melibatkan kerugian kira-kira RM1.4 juta yang tular di laman sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.22 pagi Isnin.

Beliau berkata mangsa iaitu dua jurujual emas lelaki telah disamun beberapa lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dan tukul.

“Cermin kereta mangsa telah dipecahkan bagi mendapatkan barang kemas yang bernilai lebih kurang RM1.4 juta,” katanya dalam kenyataan Isnin.

BACA: Saman Fitnah Ismail Sabri Terhadap Lokman Adam Mungkin Dapat Diselesaikan Tanpa Perbicaraan

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak dengan bersenjata atau rompak serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Justeru, Omar Bakhtiar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Kangsar ASP Mohd Subkey Alias di talian 013-9285436 atau 05-7762222.

Terdahulu, tular sebuah video di laman Facebook Viral Perak yang memaparkan kejadian samun berkenaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar- Polis

The post Polis Siasat Kes Samun Barang Kemas Tular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*