Cedera Parah Bahagian Kepala, Peserta RXZ Members 5.0 Maut Kemalangan

Seorang peserta RXZ members 5.0

Cedera Parah Bahagian Kepala, Peserta RXZ Members 5.0 Maut Kemalangan

Seorang peserta program RXZ Members 5.0 dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 255.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pada hari ini.

Memetik Sinar Harian, mangsa yang berusia 30 tahun sedang dalam perjalanan berkonvoi dari Kuantan ke Gong Badan di Kuala Nerus bersama dua lagi rakannya.

Kemalangan itu dilaporkan selepas motosikal jenis Yamaha RXZ yang dinaikinya terbabas kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berasal dari Banting, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian

Mangsa dikatakan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurut Hanyan, dua lagi rakan mangsa turut mengalami kecederaan. Seorang mengalami patah tangan kiri dan kanan.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Manakala seorang lagi mangsa dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan patah tangan kiri.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan. Lalu melanggar dua buah lagi motosikal yang berhenti di bahu kiri jalan menyebabkan ia terseret sejauh 37.5 meter.

“Kita dapati mangsa yang meninggal dunia mempunyai lesen memandu manakala dua lagi tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Tambah Hanyan, mangsa yang meninggal dunia kemudiannya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman bagi tindakan lanjut dan mengenal pasti punca kematian.

Sementara itu, dua mangsa lain yang cedera parah dibawa ke Hosptial Kuantan untuk tujuan rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Pelumba Drag Hattem Rashdi Disahkan Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Di Litar Lumba

Terdahulu, pelumba drag, Hattem Rashdi telah disahkan meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 pada Ahad lepas.

Menurut Sinar Harian, pelumba berkenaan bertarung nyawa selama lebih 12 jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Berita pemergian pelumba terbabit telah disampaikan oleh kakaknya menerusi Instagram Story di akaun milik Hattem.

Sumber: Sinar Harian

The post Cedera Parah Bahagian Kepala, Peserta RXZ Members 5.0 Maut Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*