Sedang Perbaiki Hubungan, Diana Danielle Serah Urusan Rujuk Pada Farid Kamil, “Sebab Dia Lelaki”

diana danielle farid kamil rujuk semula

Sedang Perbaiki Hubungan, Diana Danielle Serah Urusan Rujuk Pada Farid Kamil, “Sebab Dia Lelaki”

Diana Danielle berkata beliau menyerahkan urusan sama ada akan rujuk semula sebagai suami isteri atau sebaliknya kepada bekas suami, Farid Kamil.

Pelakon berkenaan berkata demikian ketika tampil bersama Farid Kamil sebagai tetamu dalam podcast yang dianjurkan Budiey Channel hari ini.

Kedua-duanya dilihat mesra dan berbual sambil tersenyum antara satu sama lain sepanjang sepanjang podcast berkenaan dirakam.

Pada awalnya, hos podcast, Budiey sendiri berkongsi rasa hairan apabila kehadiran sosok pelakon wanita itu ke lokasi ditemani dengan bekas suaminya.

Diana kemudian mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan secara umum dan spesifik, berkenaan situasi hubungan yang sedang dilalui mereka berdua.

Jelasnya, pasangan yang sudah lama berkahwin akan cenderung mengalami kehilangan arah tujuan sewaktu melayari bahtera perkahwinan.

Kehilangan arah tuju ini menyebabkan berlaku kegoyahan dan ketidaksefahaman yang menggugat kestabilan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, kehilangan seseorang individu dalam hidup itu menyebabkan pasangan mula menilai semula semua perkara yang berlaku.

“Bila kita kehilangan dia di sisi, baru kita sedar apa nilai yang dia tambah dalam hidup kita,” kata Diana Danielle.

Pelakon filem hit, Imaginur itu mengeaskan bahawa dirinya telah berumah tangga bersama dengan Farid Kamil selama 16 tahun.

Kata Diana yang berusia dalam lingkungan 32 tahun itu, beliau turut menganggap pelakon lelaki tersebut sebagai rakan karibnya.

Diana serahkan urusan rujuk semula kepada Farid Kamil

Sungguhpun begitu,  pelakon wanita itu mengakui bahawa mereka kini sedang membincangkan perkara ini demi kebaikan masa depan bagi  kedua-dua pihak.

“Nak bagi apa-apa perkembangan pada ketika ini, rasa rasa lebih baik Farid yang lakukannya sebab dia lelaki,” jelasnya

Walaupun pelakon wanita itu tidak memperincikan apa jenis keputusan yang bakal diumumkan kelak, keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.

“Saya tak nak berselindung tapi kami pun dalam keadaan, ‘we wanna take it slow’ (perlahan-lahan).

“Kami masih cuba mencari jalan macam mana mahu betulkan hidup masing-masing sekali lagi.

“Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi pada masa hadapan. Kami perlu buat keputusan tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Untuk makluman, mereka telah berumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

BACA: Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Sumber: Budiey Channel

The post Sedang Perbaiki Hubungan, Diana Danielle Serah Urusan Rujuk Pada Farid Kamil, “Sebab Dia Lelaki” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*