Syarikat Dari Itali Setuju Jalin Kerjasama, Melabur Dengan Kedah Aerotropolis

Kedah Aerotropolis Meterai Kerjasama Baharu Dengan Pelabur Itali

Syarikat Dari Itali Setuju Jalin Kerjasama, Melabur Dengan Kedah Aerotropolis

Projek Kedah Aerotropolis dilapor terus mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada pelabur antarabangsa.

Terbaru, projek berkenaan dilapor memeterai perjanjian kerjasama dengan pelabur dari Itali, lapor Sinar Harian.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan Kedah Aerotropolis bernama Enav Group.

Untuk makluman, Enav Group merupakan perusahaan yang memberi tumpuan terhadap kepada penyediaan layanan navigasi udara dan pengurusan lalu lintas udara.

Jelas Sanusi, syarikat berkenaan akan menyediakan latihan, pemindahan teknologi, peralatan dan pendekatan terkini dalam industri penerbangan.

Perkara ini adalah penting bagi bagi merealisasikan hasrat menjadikan Kedah Aerotropolis sebagai pemangkin kepada pembangunan ‘The Greater Kedah’.

“Enav Group merupakan penyedia perkhidmatan utama navigasi udara di Itali dan Eropah, serta yang pertama di dunia mencapai ‘Carbon Neutrality’,”

Salah satu tujuan kerjasama ini adalah untuk kebolehlaksanaan ‘Digital Tower Technology ‘ untuk diaplikasikan di Kedah Aerotropolis.

“Terima kasih kepada Enav Group kerana membuka pintu seluas-luasnya untuk bekerjasama dalam menjayakan impian Kedah ini.

“Syarikat ini memiliki pejabat di Kuala Lumpur dan telah pun menyediakan pelbagai perkhidmatan industri penerbangan di dunia termasuk negara kita,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Sanusi berharap bahawa syarikat tersebut dapat menawarkan apa yang diperlukan oleh Kedah Aerotropolis.

Sebelum itu, Sanusi menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kedah Aerotropolis dengan Enav Group.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tersebut telah berlangsung di ibu pejabat Enav, di Salaria, Rome, Itali.

Dalam lawatan kerja ke Itali, Sanusi dan delegasi Kedah telah dilawat melawat ke pusat kawalan Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci – Fiumicino.

Pusat kawalan berkenaan telah mengendalikan kira-kira  760 pesawat sehari. Manakala, pengendalian pesawat meningkat kepada 840 buah menjelang sambutan Krismas.

Terdahulu, Kedah Aerotropolis Holdings yang merupakan Syarikat Bertujuan Khas (SPV) ditubuhkan antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Tahira Air Sdn Bhd bagi membangunkan Kedah Aerotropolis pada November lalu.

Setakat ini, Kedah Aerotropolis telah diberikan kelulusan bagi membangunkan tiga komponen dalam fasa pertama.

Tiga komponen tersebut adalah Pusat Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO), Sidam Logistics, Aerospace dan Manufacturing Hub (SLAM) selain Taman Perindustrian dan Perniagaan.

Manakala pembinaan bagi Airport City atau terminal lapangan terbang masih dalam pengurusan melibatkan aspek teknikal.

Mei lepas, Kedah Aerotropolis telah mengadakan MoU bersama enam buah syarikat antarabangsa berkaitan MRO pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23).

Selain itu, sebuah MoU turut ditandatangani bersama Lapangan Terbang Zhengzhou di wilayah Henan, China. Henan merupakan zon ekonomi yang membangun kerana adanya lapangan terbang yang memberikan fokus terhadap MRO dan kargo.

BACA: Tak Perlu Ambil Cuti & Beratur, Ini Cara Nak “Renew” Lesen Memandu Secara Online

Sumber: Sinar Harian

The post Syarikat Dari Itali Setuju Jalin Kerjasama, Melabur Dengan Kedah Aerotropolis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*