Sedap Makan Dengan Char Kuey Teow, Ini Resepi Mudah Nak Buat Cili Jeruk

resepi cili jeruk

Sedap Makan Dengan Char Kuey Teow, Ini Resepi Mudah Nak Buat Cili Jeruk

Sebut pasal jeruk pastinya ramai yang meminati makanan ini. Tidak kira dari golongan dewasa mahupun kanak-kanak amat menggemarinya.

Jeruk merupakan makanan yang diawet dan dapat disimpan dalam tempoh yang lama. Hampir di seluruh kedai runcit yang dikunjungi, anda dapat melihat produk ini berada di mana-mana sahaja.

Antara buah-buahan yang sering digunakan dalam pembuatan jeruk termasuklah buah mangga yang masih belum masak (mangga hijau), buah salak dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, cili jeruk juga sangat digemari oleh orang ramai terutama apabila dimakan bersama Char Kuey Teow.

Namun, cara penghasilan cili jeruk itu jarang dikongsikan. Oleh itu, mari kita ikuti resepi cili jeruk oleh seorang wanita dikenali sebagai @aida_ilda di platform Tiktok di bawah ini.

Dalam video yang dimuat naik itu memaparkan cara pembuatan cili jeruk yang ringkas dan menarik.

“Ni cara mak saya buat cili jeruk. Boleh guna jugak cabai kecik. Tapi saya lagi suka cabai hijau yang jenis ni. Simpan dalam peti ais tahan lama sikit,” tulisnya di platform berkenaan.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Akak Ni Kongsi Resepi Mudah Buat Popia Oreo

Bahan-Bahan Cili Jeruk

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan cili jeruk termasuklah cili hijau, bawang putih, gula, garam, cuka dan air suam.

Resepi Cili Jeruk 

Yang pertama sediakan cili hijau dan basuh satu per satu supaya bersih.

Langkah kedua, hiris cili tidak terlalu nipis dan tebal.

Kemudian, bilas semula dengan air bersih selepas menghiris cili tadi.

Seterusnya, masukkan cili hijau yang telah dibersihkan ke dalam belas kosong.

Masukkan beberapa ulas bawang putih dan cuka (ikut kesesuaian).

Masukkan air suam ke dalam (pastikan cuka lebih daripada air).

Langkah seterusnya, masukkan sedikit gula dan garam.
Simpan cili hijau di dalam peti ais selama seharian dan barulah boleh dimakan.

@aida_ilda

Replying to @SAYANG 😵‍💫 Ni cara mak saya buat cili jeruk. Boleh guna jugak cabai kecik. Tp saya lagi suka cabai hijau yg jenis ni. Simpan dlm peti ais tahan lama sikit. Bahan2 Cili hijau Cuka Gula Garam Bawang putih(optional) #aidasukamasak #cilijeruk #inspirasiraya2023 #menuraya

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Rata-rata pengguna memberikan respon positif malah ada yang terkejut kerana langkah pembuatan yang cili jeruk ini sangat mudah. Ada juga yang mengajukan soalan berkaitan ketahanan jeruk ini.

Setakat ini, video ini telah memperolehi lebih 591,000 tontonan dengan lebih 23,000 dan 372 komen.

Sumber: Tiktok @aida_ilda

 

The post Sedap Makan Dengan Char Kuey Teow, Ini Resepi Mudah Nak Buat Cili Jeruk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*