“Kejap Je Prosesnya,” Ini “Step” Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak

akaun tabung haji anak

“Kejap Je Prosesnya,” Ini “Step” Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mengawal dan mencorakkan wang simpanan anak-anak sejak kecil agar masa hadapan mereka lebih terjamin.

Tambahan lagi, ia boleh dianggap sebagai ‘tiket kehidupan’ mereka sebelum menempuh alam dewasa yang penuh dengan cabaran. Rata-rata ibu bapa memilih untuk menyimpan duit raya anak-anak di akaun bank untuk jaminan masa depan mereka.

Bagaimanapun, bagi mereka yang masih keliru akaun apa yang sesuai untuk menyimpan wang simpanan anak-anak mereka boleh mula mendaftar atau membuka akaun bank di Tabung Haji (TH).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Shahada Fauzi di bawah ini.

Tips Buka Akaun TH Untuk Anak-Anak

Alhamdulillah. Tertunai dah hajat ummi nak buka akaun tabung haji untuk dua lagi ketul anak (budak Ali & baby Umar). Kejap je proses nya. Ummi dah buat permohonon awal-awal kat apps THiJARI minggu lepas lagi. Mudah kan?

Lepas apply dalam 30 hari kena pergi bank untuk aktifkan akaun. Minggu ni baru free nak pergi bank settlekan urusan buka akaun depa tu. Kena bagi salinan ic ibu/bapa dengan surat beranak anak-anak dan masukkan deposit. Pastu akaun pun aktif

Tak sampai 5 minit urusan kat kaunter dah siap semua. Sekarang dah takde buku lagi. Pegawai bank tu kata nanti tengok dalam THiJARI senarai akaun bank anak-anak yang daftar tadi tu.

BACA JUGA: Maksud Malaysia Madani, Slogan Baharu Negara Malaysia

Ni sementara tunggu abah depa renew lesen memandu, ummi check kat apps THiJARI. Ehhh..dah ada dah akaun depa berdua. Pantas.

Bertambah lagi dua akaun anak-anak. Maknanya ada lima akaun yang ummi abah kena rajin menabung untuk masa depan depa. Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki yang berkat melimpah ruah tak putus-putus untuk kami. InsyaAllah.

Ini salah satu inisiatif kami untuk simpanan anak-anak. Untuk pendidikan depa. Selain tu nanti dah cukup syarat boleh apply untuk daftar haji pulak.

Ummi update sikit info bagi yang DAH ADA akaun Tabung Haji dan nak aktifkan apps THiJARI.

Gambar: Facebook Shahada Fauzi

Cara Aktifkan Aplikasi THiJARI

Pertama, download apps THiJARI kat apps store.

Kedua, klik link kat Pengguna Kali Pertama.
Seterusnya ia akan link ke www.thijari.com.my dan klik button DAFTAR.

Kemudian, masukkan nombor IC dan akaun bank TH.
Isi kan maklumat yang di minta (ID Pengguna dan Password)

Siap! Boleh guna dah.

Untuk akaun kanak-kanak ni, senarai akaun anak-anak akan ada dah dalam tu kalau masa kita buka akaun untuk depa kita adalah Penjaga 1. Boleh check kat menu bahagian Ringkasan Akaun. Bawah akaun dewasa (akaun kita) tersenarai semua akaun anak-anak.

BACA JUGA: Permohonan Permit Umrah Ramadan 1444H Kini Dibuka

Nak buka akaun untuk anak, mak/ayah kena ada akaun Tabung Haji tau. WAJIB ADA. Kalau belum ada, silalah buka ya. Tak rugi pun. Akaun anak-anak selagi belum umur 18 tahun, memang kena daftar under parents walaupun akaun nama depa sendiri. Parents adalah sebagai pemegang amanah.

Untuk memudahkan urusan, jika parents dah ada akaun boleh aktifkan apps THiJARI dan apply dulu untuk buka akaun anak-anak kat THiJARI. Umur anak seawal satu bulan dah boleh buka akaun Tabung Haji kalau dah ada surat beranak.

Cara apply kat THiJARI:

Langkah pertama, klik kat bahagian menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak.

Kedua, isi je semua maklumat sampai selesai.

Langkah ketiga, nanti pergi je kat bank untuk aktifkan. Bawa IC penjaga dan surat beranak anak (salinan dan yang asal). DEPOSIT sekurang-kurangnya RM2. Yup. RM2 je dah boleh buka akaun tau.

Tapi seeloknya letak la RM10. Sangat la memudahkan pada yang kurang berkemampuan nak masukkan deposit ratus-ratus.

Seterusnya, serah semua kat kaunter. Nanti pegawai bank buatkan dan bagi slip nombor akaun. Alhamdulillah. Anak dah ada akaun bank Tabung Haji.

Kalau untuk menyimpan ni, ummi dah link kan akaun Tabung Haji anak-anak dengan akaun Maybank ummi. Masuk je upah kerja menulis atau design, ummi ‘tarik’ transfer kat akaun anak-anak sorang sikit.

Nanti claim kat pak depa separuh. Kena sama-sama menyimpan kan? Ulang buat untuk semua akaun anak-anak.

BACA JUGA: Dipanggil Ke Bank, Baru Tunggu 5 Minit Dah Dapat Sejumlah Duit, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Untuk link akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank, ada dua cara.

Cara pertama kena pergi ke mesin ATM Maybank.

Pertama, masukkan kad atm Maybank dan key in nombor pin.

Kedua, pilih ‘Tabung Haji’ kat menu.

Ketiga, tekan pada menu ‘Daftar Akaun TH ke ATM Kad'(akaun sendiri)/’Daftar Akaun Kanak-kanak TH ke ATM Kad’ (akaun anak-anak).

Seterusnya, masukkan nombor akaun TH (15-digit).
Cara terakhir, llik ‘YA’. Selesai.

Cara kedua, buat secara online di website maybank2u.
Layari www.maybank2u.com.my.

Kemudian klik menu bahagian ‘Apply’.

Cari menu bahagian ‘Services’.

Skrol sampai jumpa ‘Link Tabung Haji Account’ dan klik ‘apply now’

Isi semua maklumat (Nombor akaun Tabung Haji dan IC).

Klik ‘confirm’. Siap!
Boleh ulang untuk semua akaun anak-anak.

Untuk bank lain, ummi tak berapa pasti. Tapi mungkin lebih kurang sama je cara dia. Cuba check dulu okay! Bank yang boleh link: Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank

Senang kan sekarang ni? Takda alasan lagi tak boleh menyimpan untuk anak-anak. Selamat menabung!

Sumber: Facebook Shahada Fauzi 

The post “Kejap Je Prosesnya,” Ini “Step” Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*