Sejarah Tercipta, The Sail Experiential Centre Telah Dilancarkan

MELAKA – 14 Januari menandakan satu lagi detik bersejarah buat Sheng Tai International dengan Majlis Perasmian The Sail Experiential Centre dan Majlis Sambutan Penyiapan Fasa 1 Projek The Sail, dirasmikan oleh Pengerusi dan Presiden Sheng Tai International, YBhg. Dato’ Leong Sir Ley. Beliau diiringi oleh Pegawai Siasatan Jenayah Melak,a YBhg ACP Lim Meng Seah & isteri YBhg. Puan Lee Giak Fung. Bersempena pelancaran ini juga, Sheng Tai International turut mengadakan majlis makan malam – iaitu Sheng Tai Night yang dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, yang juga akan merasmikan Pertunjukan Bunga Api Antarabangsa oleh Sheng Tai International.

Penyiapan Fasa Pertama The Sail Melaka terdiri daripada bangunan tiga (3) tingkat iaitu The Sail Experiential Centre dan 26 unit lot yang telah disewa oleh pemilik perniagaan Jepun dan dijadualkan beroperasi mulai suku pertama 2023. Projek Fasa Satu juga terdiri daripada Ballroom LSL dan Restoran Sheng Yan. Jumlah GDV untuk The Sail dianggarkan berjumlah RM6.5 bilion.

The Sail direka secara unik berkonsepkan globalisasi dan mempunyai 9 Menara bercantum dengan Unity Sky Ring di atas setiap bangunan dan dihubungkan dengan kolam renang sepanjang 460m. The Sail ialah pembangunan bercampur di atas tanah seluas 27.5 ekar. Pembangunan tersebut juga direka khas bagi melengkapkan pasaran kediaman, runcit, komersial dan hospitaliti Melaka. 9 Menara ini terdiri daripada Menara Hotel & Fesyen bertaraf 6 bintang, Menara Wellness, Menara Cultural, Menara AI, Menara M, Kondotel & Suite Perniagaan.

Konsep The Sail menandakan permulaan yang dinamik bagi meningkatkan dan mengukuhkan ikatan sesama negara berkaitan budaya dan ekonomi. Inisiatif ini adalah selaras dengan ekonomi Malaysia yang kini berada di landasan yang kukuh untuk menarik pelaburan berkualiti.

“Selepas tiga tahun menghadapi wabak pandemik di seluruh dunia, apabila penutupan telah ditarik balik, saya menyedari bahawa terdapat ‘bahasa baharu’ yang kegunaanya semakin meluas seperti kesihatan, seni dan budaya, fesyen dan Artificial Intelligence (AI).”

“Ia telah memberi inspirasi kepada saya untuk menggabungkan pemilik perniagaan antarabangsa dari seluruh dunia, yang melalui inisiatif ini, akan hadir ke The Sail bagi membantu kami memulakan perniagaan baharu, mencipta peluang pekerjaan, kehadiran bakat baru ke bandar dan mengangkat Melaka ke persada antarabangsa,” jelas Dato’ Leong.

“Aspirasi kami adalah untuk menjadikan The Sail Melaka sebagai pemangkin utama perubahan bagi bandar bersejarah itu dari sudut melonjakkan lagi nama Melaka ke arena dunia dengan menjayakannya menerusi Seni dan Budaya, Fesyen, Artificial Intelligence (AI) dan kesejahteraan.

Menerusi projek ini, pastinya akan meningkatkan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta dapat menarik pelabur asing dari seluruh dunia. Tambahan pula, projek ini juga dapat mengangkat Melaka sebagai hab pelancongan utama untuk para pelancong,” katanya.

Visi Dato’ Leong adalah untuk mengumpulkan orang ramai dari seluruh dunia ke The Sail, di Selat Melaka melalui inisiatif beliau dalam Seni & Budaya, Fesyen, Artificial Intelligence (AI), dan Kesejahteraan. Objektif acara ini adalah selaras dengan visi Dato’ Leong di mana, telah berjaya menghadirkan pemilik perniagaan melebihi 15 negara untuk bertemu di The Sail Melaka bagi mencipta tawaran perniagaan baharu serta menggalakkan migrasi perniagaan dari luar negara ke dalam negara. Acara ini denga serta merta dapat membantu pengingkatan ekonomi dan membawa Foreign Direct Investment (FDI) dan perniagaan ke Melaka serta negara secara keseluruhan.

Dato’ Leong juga memberikan penghargaannya kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana pencapaian Sheng Tai tidak mungkin tercapai tanpa sokongan penuh oleh Kerajaan Negeri. Pihak Sheng Tai International juga berharap dapat teruskan kerjasama secara erat dengan Kerajaan Negeri dalam melancarkan inisiatif baharu pada masa hadapan, dengan harapan dapat menarik lebih ramai pelabur dan pengunjung ke negeri bersejarah ini. 

Bersempena dengan Pelancaran The Sail Experiential Centre dan penyiapan projek Fasa Satu The Sail, Sheng Tai International turut mengadakan Sheng Tai Festival 2023 – Bazar Bertema Lautan pertama di Melaka – Atlantis Night, acara tersebut berlangsung selama 10 hari dari 6 Januari sehingga 15 Januari 2023 yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti gerai makanan dan minuman, trak makanan, Pertunjukan Bunga Api Antarabangsa oleh Pyrotex Fireworx – syarikat pertunjukan bunga api juara di UK, persembahan Anime & Cosplay, pertunjukan tarian naga dan singa, pancaragam dan persembahan pentas.

The post Sejarah Tercipta, The Sail Experiential Centre Telah Dilancarkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*