“Selalu Jerit Siti! Siti!” Tokti Akui Dengar Jeritan Peminat & Pernah Sahut Ketika Berada Di Rumah

tokti dengar jeritan peminat

“Selalu Jerit Siti! Siti!” Tokti Akui Dengar Jeritan Peminat Dan Pernah Sahut Ketika Berada Di Rumah

Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza? Bukan setakat suaranya yang diminati ramai bahkan sikapnya yang merendah diri juga membuatkan netizen suka akan kepadanya.

Baru-baru ini, satu rakaman video berdurasi 37 saat telah dimuat naik dari laman peminat @m.s.zone di Tiktok.

Video tersebut merupakan potongan klip daripada live yang dilakukan oleh penyanyi itu dan menjadi tular di media sosial.

Antara yang menjadi sorotan adalah apabila Siti membualkan mengenai peminat yang menjerit namanya ketika lalu di hadapan rumahnya.

Siti yang dikenali dengan Tokti secara tidak langsung mengakui dirinya mendengar setiap jeritan yang terpancul dari mulut peminat.

Tokti dengar jeritan peminat

Ujar Tokti, setiap orang yang lalu di rumahnya pasti akan menjerit namanya dan kadang kala beliau membalas walaupun berada di dalam rumah.

“Ramai orang yang lalu dekat depan rumah saya, selalu jerit ‘Siti! Siti!’

“Kadang-kadang saya balas balik, jawab Ye! Saya jeritkan balik,” katanya sambil mengajuk jeritan peminat.

Tambah Tokti, jeritan mesra yang dibuat oleh peminat itu kedengaran hampir di setiap pelosok rumah.

Ada masa, sekiranya beliau terdengar akan jeritan itu, Tokti akan menyahut semula seperti mereka berada di hadapannya.

“Saya jerit Ye! Tidak tahu sama ada mereka boleh dengar atau tidak.

“Tapi memang biasa, dengar orang jerit nama Siti. Budak-budak motor ke atau siapa yang lalu depan rumah saya,” ujarnya.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Kanak-kanak pun jerit

Tokti berkata kadang-kala bukan setakat peminat dalam golongan remaja sahaja yang menjerit namanya, namun kanak-kanak yang masih bersekolah juga turut melakukan hal yang sama.

Tetapi panggilan yang dibuat mungkin sedikit berbeza, iaitu mereka memanggilnya dengan gelaran Tokti atau Makiti.

“Saya memang boleh dengar siapa yang jerit depan rumah saya.

“Kalau budak balik sekolah pun panggil mak iti, tokti. Saya boleh dengar,” kata Tokti.

Kata warga maya

Rata-rata peminat terhibur dengan respon yang diberi oleh Tokti dan mengakui diri mereka pernah melakukan tindakan yang sedemikian ketika melalui di rumahnya.

Menjengah di bahagian komentar, peminat mengambil peluang untuk menjerit nama Tokti kerana bukan selalu lalu di kawasan perumahannya.

Kredit: Tiktok

Dalam pada itu, ramai juga yang mengambil respon Tokti sebagai lampu hijau untuk menjerit namanya.

Kredit: Tiktok

Orang ramai turut berkata sikap Tokti yang suka melayan membuatkan ramai yang senang dengan dirinya.

Kredit: Tiktok
@m.s.zone

Siapa yang buat perangai ni baik mengaku #foryourpage #fyp #sitinurhaliza

♬ original sound – 𝕸𝕾 𝖅𝖔𝖓𝖊 – 𝕸𝕾 𝖅𝖔𝖓𝖊

Sumber: @M.s.zone via Tiktok

BACA: “Home Sweet Home,” TokTi Dipercayai Beli Kondominium Di Dubai, Warganet Tumpang Gembira

The post “Selalu Jerit Siti! Siti!” Tokti Akui Dengar Jeritan Peminat & Pernah Sahut Ketika Berada Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*