“Selamat Tinggal Sportrim,” Ini Ragam-ragam Bapa Bila Tengok Harga Pampers & Susu Anak Sekarang

harga susu anak

“Selamat Tinggal Sportrim,” Ini Ragam-ragam Bapa Bila Tengok Harga Pampers & Susu Anak Sekarang

SEMUA orang mesti ada impian nak beli sesuatu yang diingini, kan? Ia biasanya bergantung pada minat seseorang. Macam orang lelaki, mereka akan memanfaatkan duit pada sportrim kereta, PS5, joran memancing dan banyak lagi.

Tapi hakikatnya, perkara itu agak sukar bagi lelaki yang sudah bergelar bapa.

Mana tidaknya, keperluan anak banyak lagi yang perlu dipenuhi, antaranya lampin pakai buang, susu, stroller, baby car seat dan banyak lagi.

Maknanya, bersedialah untuk ucapkan selamat tinggal kepada sportrim, selamat tinggal konsol PS5, selamat tinggal joran memancing dan macam-macam hobi lagi.

Ayah-ayah jangan risau, min dah jumpa ‘port’ baik punya beli barang anak

Tapi selaku lelaki, kita janganlah cepat ‘mengalah’. Sebenarnya ada saja caranya untuk nak beli barang keperluan anak, dalam masa sama boleh ‘spend’ lebih lagi untuk beli barang-barang hobi!

Caranya mudah saja, iaitu beli barangan keperluan anak di Pasar Raya Besar Mydin di semua cawangan seluruh Malaysia sebab kini tengah berlangsung ekspo barangan bayi Kasih Sayang Mydin Ibu & Si Manja sampai 8 Ogos ini!

Gambar: Mydin

Banyak betul tawaran harga menarik dan murah ayah-ayah boleh cuba. Jom tengok apa yang menarik:-

Program Subsidi Kasih Sayang Ibu & Si Manja

“Ingatkan minyak masak dan petrol je ada subsidi. Beli susu tepung dengan lampin pun ada subsidi?”

Untuk makluman ayah-ayah, Mydin pun ada ‘berikan’ subsidi kepada rakyat semata-mata mahu membantu mengurangkan beban berbelanja barangan anak.

Dalam kempen ini, Mydin menawarkan dua jenis program jualan subsidi itu susu tepung bayi dan lampin bayi.

1) Program Subsidi Lampin Bayi

Selain susu tepung, ayah-ayah juga boleh menikmati pembelian pelbagai jenis lampin bayi dengan harga subsidi!

‘Pemberian’ subsidi lampin bayi ini ‘berkuat kuasa’ bermula dari 20 Julai 2023 sehingga 8 Ogos 2023 sahaja.

Gambar: Mydin

Mari lihat apa yang menarik dalam Program Subsidi Lampin Bayi di bawah ini.

Gambar: Mydin
Gambar: Mydin
Gambar: Mydin
Gambar: Mydin
Gambar: Mydin
Gambar: Mydin

Pakej Rahmah

Selain beli susu tepung dan lampin dengan harga subsidi, ayah-ayah juga boleh beli set barangan bayi dan kanak-kanak dengan harga bajet di bawah Pakej Rahmah.

Terdapat dua pilihan ditawarkan, iaitu Infant Set pada harga serendah RM95 dan Toddler Set semurah RM150.

Menariknya, jualan Pakej Rahmah ini berlangsung dalam tempoh agak panjang iaitu bermula 20 Julai 2023 sehingga 30 September 2023!

Gambar: Mydin
Gambar: Mydin

Jualan Rahmah

Kalau ayah-ayah rasa barangan bayi di bawah Pakej Rahmah tadi sudah cukup berbaloi, sebenarnya ada banyak lagi yang Mydin tawarkan untuk semua.

Di bawah Jualan Rahmah pula, ayah-ayah boleh dapatkan pelbagai barangan seperti pakaian kanak-kanak, barangan mandi bayi, alat permainan, kelengkapan asas rumah dan banyak lagi!

Nak tahu apa yang menarik dalam Jualan Rahmah ini, boleh rujuk poster-poster di bawah ini.

Koleksi pakaian kanak-kanak bermula serendah RM5!

Gambar: Mydin

Barangan keperluan harian bayi bermula serendah RM10!

Gambar: Mydin

Bukan bayi saja, ibu-ibu pun boleh ‘healing’ penat jaga Si Comel dengan bergaya bersama koleksi pakaian bermula serendah RM7!

Gambar: Mydin

Pelbagai barangan rumah yang ayah-ayah boleh beli bermula serendah 95 sen!

Gambar: Mydin

Alat permainan kanak-kanak bermula serendah RM7.45 pun ada juga!

Gambar: Mydin

Meriah FOC Carrie Junior

Sementara itu, ini satu berita baik untuk semua pelanggan setia Mydin sama ada sudah mendaftar ahli kad Meriah mahupun belum.

Dalam kempen ini, setiap pembaharuan kad dan pendaftaran ahli baharu kad Meriah, anda layak memiliki satu botol mandian bayi Carrie Junior sama ada Cheeky Cherry (40g) atau Yoghurt Apple (50g) secara percuma!

Gambar: Mydin

Mydin X Motherhood Contest

Bukan ayah-ayah saja boleh menang peraduan, rupa-rupanya ibu-ibu pun boleh cuba juga. Manalah tahu menang? Bak kata pepatah, ‘Tuah ayam nampak di taji, tuah ibu-ibu nampak di Mydin’. Gitu!

Ibu-ibu boleh sertai Peraduan Foto Bayi Comel dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik iaitu baucar Mydin bernilai RM1,000, RM700, RM500 dan RM100.

Tempoh peraduan ini berlangsung bermula dari 20 Julai 2023 sehingga 8 Ogos 2023 dan hanya sah di Semenanjung Malaysia sahaja. Jangan terlepas peluang!

Gambar: Mydin

Cara penyertaannya mudah saja. Pertama, beli produk kanak-kanak dari Mydin Kids & Baby Fair 2023 di mana-mana cawangan Mydin yang terlibat.

Kedua, snap flatlay kreatif anak anda bersama-sama dengan produk tersebut dan paling penting, pastikan gambar itu mempunyai logo Mydin.

Ketiga, komen gambar tersebut berserta kapsyen “Cara saya eratkan #KasihSayangIbudanSiManja adalah dengan shopping di #MydinKidsandBabyFair2023 sebab…..” dalam komen hantaran itu.

Gambar yang paling kreatif dengan kapsyen menarik akan berpeluang untuk menang hadiah tajaan Mydin Malaysia!

Gambar: Mydin

Begitulah apa yang ada dalam kempen Mydin Kasih Sayang Ibu & Si Manja yang sedang berlangsung kini.

Ayah-ayah dan ibu-ibu jangan lepaskan peluang untuk berbelanja pelbagai barangan keperluan bayi dengan harga cukup Rahmah, selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang menanti.

Oleh itu jangan buang masa, sila hadir ke Mydin Hypermarket Subang Jaya dan mana-mana cawangan berhampiran sekarang!

BACA JUGA: Beri Impak Yang Besar, Mydin Akan Teruskan Jualan Menu Rahmah

The post “Selamat Tinggal Sportrim,” Ini Ragam-ragam Bapa Bila Tengok Harga Pampers & Susu Anak Sekarang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*