Hukuman Ke Atas Stampa Bukti Tuntutan Kumpulan Sulu Tidak Berasas – Hajiji

Hukuman ke atas Stampa

Hukuman Ke Atas Stampa Bukti Tuntutan Kumpulan Sulu Tidak Berasas – Hajiji

KOTA KINABALU, 9 Jan (Bernama) — Hukuman penjara enam bulan ke atas penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa kerana menghina mahkamah merupakan bukti jelas bahawa tuntutan oleh kumpulan mengaku waris Sulu terhadap Sabah tidak berasas sama sekali, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya terdapat unsur-unsur mencari keuntungan serta kemudahan yang lain dalam tuntutan oleh kumpulan itu dan Stampa yang bertindak selaku penimbang tara dalam tuntutan berkenaan.

Beliau berharap tiada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan negeri Sabah untuk membuat apa-apa tuntutan yang tidak berasas sepertimana dilakukan kumpulan Sulu itu.

“Berbanyak terima kasih kepada Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan kerajaan Persekutuan.. telah terbukti tuntutan kumpulan Sulu ini tidak berasas,” katanya kepada pemberita di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan penyerahan Perjanjian Induk (ENG: Heads of Agreement) daripada Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) kepada Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (Esteel Sabah) bagi pembekalan gas asli sebanyak 150 juta kaki padu standard sehari.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Semalam, Azalina dilaporkan berkata Stampa telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sepanyol.

Mahkamah turut melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe berkata usaha kerajaan menoktahkan tuntutan kumpulan Sulu dan hukuman penjara terhadap Stampa amat membantu dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Sabah.

Menurutnya, apa yang dilakukan kumpulan berkenaan sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan dalam kalangan pelabur terutamanya yang berminat untuk melabur di kawasan pantai timur negeri itu.

Beliau berkata satu demi satu kejayaan dicapai oleh Malaysia dalam pertelingkahan dengan Kumpulan Sulu itu, yang mengembalikan keyakinan pelabur, dan beliau berharap Azalina dapat mencapai kemenangan mutlak dalam isu tuntutan itu, sekali gus menghapuskan sebarang kebimbangan mengenai soal keselamatan.

“Jadi kita boleh tarik lebih ramai pelabur terutama dari luar negara untuk datang ke pantai timur Sabah, pantai barat Sabah kita banyak dapat maklum balas positif, tetapi pantai timur kita perlu kerja lebih keras lagi (tarik pelabur),” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Hukuman Ke Atas Stampa Bukti Tuntutan Kumpulan Sulu Tidak Berasas – Hajiji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*