Selamba Berhenti Kejap Beli Pisang Goreng Ketika Bawa Pesakit Kritikal, Pemandu Ambulans Disiasat

pemandu ambulans pisang goreng

Selamba Berhenti Kejap Beli Pisang Goreng Ketika Bawa Pesakit Kritikal, Pemandu Ambulans Disiasat

Seorang pemandu ambulans disiasat selepas dia dikatakan berhenti membeli pisang goreng ketika membawa pesakit dalam keadaan kritikal, lapor Thai PBS World.

Siasatan itu telah diarahkan oleh Hospital Nakhon Nayok terhadap salah seorang pemandu ambulansnya.

Susulan insiden itu, hospital tersebut telah menghantar wakil mereka untuk memohon maaf kepada keluarga pesakit yang dikejarkan ke hospital.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 13 Oktober lalu selepas pesakit dilaporkan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, pemandu itu dikatakan berhenti sebentar untuk mengambil makanan ringan yang dijual di tepi jalan.

Pemandu ambulans itu dikatakan telah memesan makanan itu secara dalam talian dan memberitahu penjual untuk memberikan makanan itu ketika dalam perjalanan ke hospital.

Kejadian itu telah disaksikan oleh anak perempuan pesakit yang turut berada dalam ambulans

Perhentian singkat itu telah disaksikan oleh anak perempuan pesakit yang berada dalam ambulans bersama bapanya yang sedang sakit.

Insiden itu terbongkar selepas wanita itu berkongsikan perkara itu di media sosial ekoran aduan yang dibuat kepada pihak hospital tidak membuahkan hasil.

Wanita itu berkata dia telah memberitahu wakil hospital bahawa dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi dan berlaku kepada orang lain.

“Saya ingin tahu apa yang akan berlaku kepada pemandu ambulans,” katanya.

Tambahnya, dia diberitahu bahawa pihak hospital sedang menyiasat kejadian itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Pada Isnin lalu, pihak hospital mengeluarkan kenyataan mereka berkenaan insiden tersebut.

Kenyataan itu berkata bahawa perhentian ambulans selama tiga saat itu tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, pesakit itu telah dimasukkan ke hospital untuk didiagnosis dan dirawat dengan selamat tanpa sebarang masalah.

Pesakit kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital keesokan harinya selepas keadaannya kembali normal.

BACA: Nekad Mahu Ubah Kehidupan, Lelaki Ini Gigih Lakukan Pelbagai Kerja Sambil Sambung Belajar Di Peringkat ‘Master’

Sumber: Thai PBS World

The post Selamba Berhenti Kejap Beli Pisang Goreng Ketika Bawa Pesakit Kritikal, Pemandu Ambulans Disiasat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*