Sampai RM100K ‘Lumpsum’, Ini Senarai Influencer Menyumbang Untuk Rakyat Palestin

influencer menyumbang Palestin

Sampai RM100K ‘Lumpsum’, Ini Senarai Influencer Menyumbang Untuk Rakyat Palestin

Beberapa orang pempengaruh terkenal Malaysia dilaporkan sudah menyampaikan sumbangan mereka buat rakyat Palestin baru-baru ini.

Badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia (CGM) pada semalam memuat naik senarai pempengaruh ternama yang turut sama terlibat dalam kempen sumbangan mereka.

Maklum CGM di akaun rasmi X (dahulu dikenali sebagai Twitter), pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap bantuan yang disumbangkan.

“Terima kasih kepada para pempengaruh, usahawan dan NGO yang sudi memberi sumbangan kepada Cinta Gaza Malaysia demi membangunkan semula tanah air Palestin yang tercinta!

“Semoga niat murni kalian dapat memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia.

“Terima kasih our hero!” maklum CGM.

BACA JUGA: Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Palestin

Berikut senarai pempengaruh, usahawan dan NGO yang telah memberi sumbangan kepada CGM;

1. Pempengaruh terkenal, Khairul Aming (Sambal Nyet) dengan nilai RM100,000 untuk Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza).

Gambar: CGM

2. Usahawan Hafiz Mahamad (Ainaa Beauty & Ainaa Clinic) dengan nilai RM100,000 bagi Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza).

Gambar: CGM

3. Kumpulan pendidik atas talian, MC+ Online Tuition juga menyumbang dalam bentuk Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza).

Gambar: CGM

4. Pempengaruh dan pelakon, Daiyan Trisha menghulurkan bantuan bernilai RM20,000 bagi Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza)

Gambar: CGM

5. Usahawan terkenal, Bonda Umirah Taib (Le Maream) menyumbang untuk Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza).

Gambar: CGM

6. Yayasan Golden Future dengan nilai RM23,322.50 kepada Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza).

influencer menyumbang Palestin
Gambar: CGM

7. Qaysaa Group Sdn Bhd menyumbang turut menyumbang dalam Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza).

Gambar: CGM

8.  Produk Silky Lara menderma sebanyak RM10,000 terhadap Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza)

influencer menyumbang Palestin
Gambar: CGM

9. Pengeluar produk makanan HQ Kieda Crepe Penang dengan sumbangan bernilai RM10,000 juga untuk Bantuan Kecemasan Untuk Gaza (Emergency Aid For Gaza).

influencer menyumbang Palestin
Gambar: CGM

Imbas kembali, antara kejadian terbaharu di Gaza adalah Hospital Al-Ahli Baptist yang menempatkan mangsa-mangsa konflik menjadi sasaran serangan.

Menurut media Turkiye, Agensi Anadolu menerusi Bernama, kira-kira lebih 500 orang di hospital berkenaan terbunuh akibat serangan udara yang dilancarkan.

Sumber: Twitter Cinta Gaza Malaysia (CGM)

The post Sampai RM100K ‘Lumpsum’, Ini Senarai Influencer Menyumbang Untuk Rakyat Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*