Selepas 31 Oktober, Pengaktifkan Secure2u Kali Pertama Perlu Dibuat Di ATM Maybank

Maybank secure2u 31 oktober

Selepas 31 Oktober, Pengguna Perlu Aktifkan Secure2u Melalui ATM Maybank

Malaysan Banking Berhad (Maybank) memaklumkan bermula 31 Oktober ini, pengaktifan Secure2u buat kali pertama ataupun pada peranti baharu perlu dibuat di ATM miliknya.

Menurut Maybank , pelaksanaan ini adalah sejajar dengan langkah keselamatan terkini yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Secure2u adalah cara yang lebih pantas dan selamat untuk meluluskan transaksi pengguna menerusi platform Maybank2u dan MAE.

Pengguna hanya perlu membuat pengesahan menerusi Secure Verification dan Secure TAC. Fitur Secure2u ini hanya boleh didapati dalam aplikasi mudah alih milik Maybank iaitu, MAE.

Sebaik sahaja pengguna telah mengaktifkan Secure2U, ia akan menjadi kaedah default untuk meluluskan semua transaksi yang dijalankan.

Anda boleh menonton video di bawah bagi mengetahui Secure2u dengan lebih lanjut:

Secure2U dapat meluluskan transaksi anda dengan lebih pantas dan selamat

Secure2U akan menyambungkan peranti pengguna dengan akaun Maybank2u masing-masing. Dengan ini, pihak Maybank dapat menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi kerana semua transaksi hanya dapat disahkan menerusi peranti yang telah didaftarkan sahaja.

Selain itu, pengikatan peranti unik dari sistem Secure2u ini juga dapat mengurangkan kadar pendedahan pengguna terhadap penipuan TAC.

Sebelum ini, penerima menerima kod TAC yang dihantar menerusi SMS kepada nombor telefon pengguna untuk meluluskan transaksi.

Fitur Secure2u pada aplikasi MAE juga telah ditambahbaik dengan memberikan tempoh pengaktifan minimum sebanyak 12 jam bagi menghalang sebarang kelulusan yang tidak disahkan.

Bergantung pada jenis transaksi, anda boleh menjana enam digit dari Secure TAC menerusi aplikasi MAE.

Selain Secure TAC, pengguna juga boleh menerima notifikasi Secure Verification pada peranti yang didaftarkan, sama ada untuk menerima atau menolak transaksi.

Melalui Secure2u, pengguna tidak lagi perlu untuk menunggu mesej kod dari sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan ini, mereka dapat meluluskan transaksi dengan lebih pantas.

Bagi mengetahui bagaimana cara untuk menerima atau menolak transaksi dengan menggunakan Secure2u, anda boleh menonton video di bawah.

BACA: “Nyoot…Nyoottt”, Imbau Nostalgia, Rupanya Ini Pemilik Suara Watak Kartun Pingu

Sumber: Maybank2u

The post Selepas 31 Oktober, Pengaktifkan Secure2u Kali Pertama Perlu Dibuat Di ATM Maybank appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*