Sembilan Tahun Mengandung ‘Janin Batu’, Wanita Meninggal Dunia

janin batu meninggal dunia

Sembilan Tahun Mengandung ‘Janin Batu’, Wanita Meninggal Dunia

Seorang wanita yang mengandungkan janin ‘batu’ selama sembilan tahun dilapor meninggal dunia, baru-baru ini. Menurut laporan Mirror UK, kemantian wanita tersebut berpunca daripada kekurangan zat makanan yang teruk.

Wanita itu yang merupakan seorang pelarian, tiba di Amerika Syarikat (AS) dari DR Congo dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kekejangan dan senak perut.

Dia juga mengadu mengenai rasa menggelegak di dalam ususnya selepas makan yang sering dihadapinya.

Doktor kemudian melakukan imbasan dan menemui janin mati yang menyekat bahagian bawah perut dan menekan ususnya.

Bagaimanapun, wanita tersebut menolak untuk dibedah kerana tidak sanggup untuk melaluinya. Malah, dia mendakwa sakit yang ditanggung berpunca daripada ilmu hitam yang dihantar ‘seseorang’ dari Tanzania.

Memetik laporan Mirror UK, wanita itu pernah berdepan dengan detik hitam ketika mengetahui zuriat yang dikandung mati dalam kandungan sembilan tahun lalu.

Ketika itu, salah seorang petugas kesihatan di kem pelarian yang didiaminya menuduh dia mengamalkan ilmu hitam dan mengambil dadah sehingga zuriat itu meninggal dunia.

Tuduhan berkenaan memberi kesan mendalam kepada wanita tersebut dan sejak itu sukar untuk percaya dengan perubatan moden lagi.

Wanita terbabit dikatakan telah memberitahu pegawai perubatan AS bahawa dia tidak takut mati apabila diberi prognosis untuk menolak rawatan.

Meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan

Difahamkan, wanita berkenaan meninggal dunia 14 bulan kemudian akibat kekurangan zat yang teruk. Janin mati itu didapati menghalang ususnya daripada berfungsi dengan baik dan menyerap nutrien penting.

Kes itu turut menarik perhatian kumpulan profesional perubatan di AS  yang mengutarakan berkenaan isu ketidakpercayaan kepada perubatan moden. Mereka juga menyarankan satu model penjagaan kesihatan untuk pelarian perlu digubal untuk mengelak kejadian itu berulang.

Gambar: Sunday World

Selain itu, mereka juga meminta doktor supaya memberi perhatian dan mengkaji lebih lanjut berkenaan fenomena janin mati dalam kandungaN.

Laporan Journal of The Royal Society of Medicine pada 1996 mendapati hanya 290 kes lithopedion pernah didokumenkan setakat ini.

Pada tahun 2013 di Colombia, janin berusia 40 tahun pernah ditemui dalam rahim seorang wanita warga emas. Ia hanya diketahui selepas wanita beruisa 82 tahun itu mendapatkan pemeriksaan kesihatan berkenaan masalah sakit perut yang dialaminya.

Ketika itu, doktor yang merawatnya mengesan sesuatu yang tidak normal pada perut wanita itu dan awalnya mengesyaki ia mungkin masalah batu karang.

BACA: Tular Detik-detik Gunung Merapi Meletus, Muntah Awan Panas Sehingga 7km

Sumber: Mirror UK

The post Sembilan Tahun Mengandung ‘Janin Batu’, Wanita Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*