“Senang Hati Setiap Hari,” Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur Jadi Amalan Salahuddin

maafkan sebelum tidur salahuddin

“Senang Hati Setiap Hari,” Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur Jadi Amalan Salahuddin

Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub benar-benar dirasai ramai.

Salah seorang yang turut terkesan dengan pemergian Ahli Parlimen Pulai itu adalah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Sim Tze Tzin.

Beliau dalam satu perkongsian semalam di akaun rasmi Facebook miliknya berkata Allahyarham seorang yang pemaaf.

Jelas Sim, bekas ketuanya itu juga memberikan nasihat agar hati sentiasa senang meskipun berkecimpung dalam arena politik yang penuh liku dan cabaran.

Pesan Salahuddin Kepada Sim 

“Sim, kamu tahu kenapa saya redha dan senang hati setiap hari?

“Setiap malam, sebelum saya tidur, saya maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… barulah saya tidur,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Sim juga menyifatkan Allahyarham seorang yang baik hati dan peramah.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru itu juga berkesempatan menziarahi Allahyarham petang semalam sebelum meninggal dunia.

BACA JUGA: Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Beliau turut mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Petang tadi, saya berkesempatan menziarahi beliau sebelum beliau pergi.

“Saya menangis sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Penang. Hati saya sangat sedih.

“Semoga Boss redha di sana. Al-Fatihah,” tulisnya dalam satu perkongsian di platform tersebut.

Salahuddin Meninggal Dunia

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 9.23 malam di usia 61 tahun, lapor Bernama.

Berita pemergian ahli politik itu disampaikan oleh anak perempuannya, Fatiha Salahuddin menerusi kenyataan di laman Facebook.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” tulisnya.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal dalam kenyataan berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Katanya lagi, jenazah bakal dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.

Allahyarham telah dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada 10.15 malam Jumaat bagi mendapatkan rawatan. Ia susulan beliau mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Sumber: Facebook Sim Tze Tzin

The post “Senang Hati Setiap Hari,” Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur Jadi Amalan Salahuddin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*