“Art Berat”, Seni Ukiran Rumah Kayu Ini Lain Macam & Ada Yang Meremang

ukiran anai-anai rumah kayu

“Art Berat”, Seni Ukiran Rumah Kayu Ini Lain Macam & Ada Yang Meremang

Anai-anai (Coptotermes formosanus) merupakan sejenis serangga yang dikategorikan sebagai haiwan perosak.  Hal ini kerana serangga ini merosakkan struktur kayu dengan memakannya.

Haiwan yang menjadikan kayu, misalnya rumah papan, sebagai makanan utama akan meninggalkan kesan berlubang-lubang pada bahan tersebut.

Jika dibiarkan, ketahanan struktur rumah mungkin terjejas dan berisiko untuk rosak atau lebih parah, boleh roboh.

Sungguhpun anai-anai dilihat sebagai haiwan perosak kepada manusia, namun haiwan ini sebenarnya penting dalam ekosistem di dalam hutan.

Anai-anai antaranya berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan.

Apabila bahan-bahan ini mudah terurai, nutrien daripada pokok dan daun tadi akan lebih mudah diserap tanah.

Pengukir guna inspirasi dari anai-anai, tinggalkan kesan ukiran unik pada sebuah rumah kayu di Thailand

Siapa sangka bahawa haiwan ini telah menjadi inspirasi dalam salah satu bahan pameran seni di Thailand Biennale di Chiang Rai baru-baru ini.

Thailand Biennale yang diadakan di Chiang Rai pada hujung 2023 sehingga awal 2024 telah menawarkan pelbagai pameran seni yang mendapat sambutan daripada orang awam.

Antaranya ASEAN Flower Festival, Loy Krathong, Doi Luang 4 Tribes Festival, Chiang Rai Flower Festival dan macam-macam lagi.

Tarikan utama dalam Thailand Biennale tentunya pameran seni daripada anak-anak tempatan.

Salah satunya adalah pameran ukiran rumah kayu yang menjadi tumpuan warga maya.

Video yang memaparkan rumah kayu dengan ukiran unik itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Chairat (@chairat22_) beberapa hari lepas.

Dalam video pendek yang berdurasi 41 saat itu, perakam video menunjukkan sebuah rumah kayu yang memiliki kesan ukiran seakan-akan dimakan anai-anai.

Sekali pandang, mungkin ada yang merasa bulu roma meremang apabila melihat ukiran-ukiran berkenaan.

Akan tetapi, jika kita memerhatikannya dengan teliti, kesan ukiran kayu ini dibuat dengan sangat teliti dan cantik sebenarnya.

Pelbagai bentuk ukiran yang sangat halus itu secara logiknya memang sukar untuk dihasilkan oleh orang biasa.

Apatah lagi, ia diukir menyerupai bentuk seolah-olah struktur rumah kayu yang dimakan anai-anai.

@chairat22_

#ชมศิลปะกับอาจารย์ชัยรัตน์

♬ เสียงต้นฉบับ – chairat – chairat

Walaupun ukiran yang dibuat memerlukan ketelitian dan kemahiran yang tinggi, namun ramai yang merasa sedikit fobia apabila melihatnya.

Jadi, apa kata anda pula?

BACA: Pelajar Malaysia Di Jordan Kena Sakat, “Salam 4-0 Bang”

Sumber: @chairat22_ via TikTok

The post “Art Berat”, Seni Ukiran Rumah Kayu Ini Lain Macam & Ada Yang Meremang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*