Sentiasa Bersedia, Ini Tip Hadapi Gangguan Bekalan Air

tip bekalan air terputus

Sentiasa Bersedia, Ini Tip Hadapi Gangguan Bekalan Air

Air merupakan salah satu sumber penting dalam kehidupan harian. Ketiadaan bekalan air sudah semestinya memberikan kesan terhadap rutin harian masyarakat.

Ia termasuklah aktiviti seperti mencuci pakaian, pinggan mangkuk, mandi dan banyak lagi akan terjejas.

Lebih-lebih lagi, Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang baru-baru ini memaklumkan lebih 80 peratus penduduk di negeri itu bakal berdepan dengan krisis bekalan air selama empat hari bermula 6 pagi esok.

Sehubungan itu, penting kepada orang ramai untuk mengambil langkah awal terhadap sebarang situasi agar mampu bertahan sehingga bekalan air kembali seperti sedia kala.

SK hari ini akan berkongsikan tip berguna menghadapi bekalan air terputus dari seorang pemilik X @NysaKim. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Tip Berguna Hadapi Bekalan Air Terputus

tip bekalan air terputus
Gambar: Bernama

Checklist menghadapi bekalan air terputus untuk orang Penang!

Pertama, orang ramai boleh menyediakan bekalan air mineral atau tapisan secukupnya untuk bekalan minum dan masak sementara. Kedua, bekalan air mentah juga boleh disediakan secukupnya untuk keperluan membersih diri dan cucian.

Selain itu, bagi pengambilan air wuduk, kaum muslim dan muslimat boleh menggunakan botol spray untuk menjimatkan sumber ini. Penggunaan pinggan, cawan, sudu dan lain-lain jenis pakai buang juga amat berguna sewaktu krisis ini melanda.

Kelima, anda boleh mematikan suis alat penapis air coway atau cuckoo dan sebagainya. Orang ramai juga disyorkan untuk sentiasa memakai deodoran.

Sepanjang tempoh ketiadaan bekalan air, aktiviti yang memerlukan orang ramai menggunakan air yang banyak contohnya aktiviti lasak boleh dielakkan.

Bukan itu sahaja, kombinasi tisu tandas dan air semasa di tandas boleh diaplikasikan supaya penggunaan air dapat dikurangkan.

BACA: Ketahui 3T Pada Tayar Kereta Sebelum Beli

Gambar: Bernama

Di samping itu, pengambilan makanan dan minuman yang bersih juga perlu dititikberatkan. Jika boleh,setiap masakan dimasak sendiri.

Jika hujan turun semasa gangguan bekalan, orang ramai boleh memanfaatkan air hujan secara optimum dengan menadah air di dalam bekas ataupun mereka boleh mengambil alternatif dengan berada di kawasan yang tidak terlibat gangguan bekalan air.

Seterusnya, selepas notis bekalan air dikeluarkan, masyarakat boleh menjalankan aktiviti yang menggunakan air seperti mencuci pakaian atau kenderaan sebelum gangguan bekalan bermula

Sementara itu, doakan agar semua yang terlibat dan terkesan dipermudahkan segala urusan.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: X @NysaKim

The post Sentiasa Bersedia, Ini Tip Hadapi Gangguan Bekalan Air appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*