Seorang Makan RM218, Nasi Kandar Sulaiman Pecah Rekod Lagi

Nasi Kandar RM218

Seorang Makan RM218, Nasi Kandar Sulaiman Pecah Rekod Lagi

Hari ini, hidangan nasi kandar sudah menjadi salah satu menu yang diminati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal umur dan bangsa.

Apatah lagi, rakyat Malaysia sememangnya terkenal sebagai penggemar makanan berasaskan kari dan kuah.

Restoran nasi kandar juga boleh ditemui dimana-mana sahaja. Jika nasi kandar yang dijual cukup padu dan ‘surr’, pasti kedai tersebut sesak dengan pelanggan setiap hari.

Terbaru, menerusi perkongsian Nasi Kandar Sulaiman di Pulau Pinang, restoran itu berjaya mencatatkan rekod harga nasi kandar paling mahal dibeli oleh pelanggan.

“RM218. Pecah rekod dan rekod sepanjang masa. Seorang makan sampai RM200. Fuhh saya sendiri tak sangka.

“Kali pertama orang masuk RM200. Amat-amat dahsyat dan diluar jangkaan. Orang Penang,” tulis perkongsian Nasi Kandar Sulaiman.

Menerusi Nasi Kandar Sulaiman lagi, pelanggan lelaki itu memilih menu seperti sotong, udang dan ayam sebagai lauk utama hidangan tersebut.

Secara keseluruhan, lelaki itu memesan sebanyak 13 ekor sotong, 13 ekor udang, ayam dua ketul, telur sotong, bendi dan telur masin.

Perkongsian itu turut disertakan dengan gambar hidangan yang dipilih pelanggan tersebut.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Tiga pinggan digunakan untuk memuatkan kesemua lauk yang dipilih

Berdasarkan gambar tersebut, sebanyak tiga pinggan diperlukan untuk memuatkan kesemua lauk yang dipilih oleh pelanggan tersebut.

Sehari sebelum ini, Nasi Kandar Sulaiman turut memaklumkan seorang pelanggan telah memesan nasi kandar pada harga RM114.50.

Menurut restoran berkenaan, hidangan yang dipesan itu termasuklah udang sebanyak 12 ekor, sotong, ayam, ikan, daging dan kambing.

Harga yang dibayar itu juga merupakan rekod termahal, namun hanya bertahan selama dua hari sebelum dipecahkan sekali lagi hari ini.

Nasi Kandar Sulaiman merupakan sebuah restoran nasi kandar yang terletak Jalan Air Itam, Dato Keramat, Pulau Pinang. Kedai ini beroperasi daripada 6.30 pagi sehingga 2.30 petang.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Facebook/ Nasi Kandar Sulaiman

The post Seorang Makan RM218, Nasi Kandar Sulaiman Pecah Rekod Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*