Sepatutnya RM288, Restoran Pohon Bantuan Orang Ramai Jejak Pelanggan Terbayar Lebih

pelanggan terbayar lebih

Sepatutnya RM288, Restoran Pohon Bantuan Orang Ramai Jejak Pelanggan Terbayar Lebih

Sebuah restoran di Singapura dilaporkan sedang berusaha menjejaki pelanggannya yang dicaj sebanyak RM2,883.

Selepas menyedari kesilapan itu, restoran tersebut telah menggunakan laman Facebooknya untuk mencari pelanggan yang dikenakan caj berlebihan tersebut.

Ketika kejadian, seorang pekerja restoran itu dikatakan tidak sengaja telah menekan sifar tambahan pada mesin pembayaran itu.

Justeru, bil yang sepatutnya bernilai SGP84 (RM288) itu akhirnya telah menjadi sebanyak SGP840 (RM2,883).

Susulan kesilapan itu, restoran yang terletak di Geylang, Singapura itu kini sedang mencari dua pelanggan itu agar dapat membayar baki mereka semula.

Dalam catatan mereka, restoran itu berkata bahawa mereka sedang mencari dua pelanggan wanita yang datang pada hari Rabu, 20 September lalu.

Restoran yang menghidangkan makanan khusus Sichuan itu terletak di Jalan Geylang.

Pemilik restoran itu berkongsi bahawa mereka hanya menyedari kesilapan tersebut selepas setengah jam dua pelanggan itu meninggalkan restoran berkenaan.

Pekerja mahupun pelanggan itu tidak menyedari mengenai kesilapan tersebut walaupun telah diberi resit pembayaran.

Restoran itu berharap dapat memberikan semula baki bayaran pelanggan itu walaupun sudah beberapa hari ia berlalu.

Menurut restoran itu, sehingga kini pelanggan tersebut masih belum kembali untuk menuntut bayaran baki caj tersebut.

Memandangkan pelanggan wanita itu baru pertama kali makan di restoran tersebut, pihak restoran buntu bagaimana mahu menghubungi mereka.

Oleh itu, mereka akhirnya memutuskan untuk membawa perkara itu ke media sosial dengan harapan salah seorang daripada pelanggan dapat melihat hantaran itu.

Dua pelanggan wanita itu dikatakan seperti penduduk tempatan dan bukan pelancong, jadi mereka mungkin masih berada di negara ini.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Orang ramai yang melihat hantaran itu kemudiannya mencadangkan pelbagai cara, termasuk menghubungi pihak bank untuk membatalkan transaksi.

Malangnya, restoran itu berkata bahawa point-of -sale (POS) mereka tidak dapat mengenal pasti bank tersebut.

Buat masa ini, apa yang pihak restoran boleh buat adalah berharap agar pelanggan itu melihat hantaran Facebook restoran tersebut.

Sumber: MSNews

The post Sepatutnya RM288, Restoran Pohon Bantuan Orang Ramai Jejak Pelanggan Terbayar Lebih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*