“Tiada apa yang boleh saya kongsikan, biarlah saya serahkan kepada pihak berwajib. Itu sahaja,” itulah kata penyanyi Fyna Jebat yang memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai insiden dia diserang oleh madunya, Datin Zalina Zaini di sebuah restoran mamak di Shah Alam pada 23 Januari lalu.
Jelas Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 30, buat masa ini dia menyerahkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, Fyna mengakui, fokusnya terhadap Famili Duo tidak terganggu meskipun banyak kontroversi melibatkan dirinya sejak muncul dalam pertandingan itu.
“Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandingan Famili Duo sebab kakak saya banyak berhabis dan pasukan kami juga dah banyak bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik.
Be the first to comment