Seramai 29,000 Graduan Tiada Pekerjaan Selepas Enam Bulan Tamat Pengajian

graduan tiada pekerjaan

Seramai 29,000 Graduan Tiada Pekerjaan Selepas Enam Bulan Tamat Pengajian

Seramai 29,000 graduan dilaporkan masih belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian mereka pada 2022.

Perkara itu didedahkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya, bilangan itu diperolehi menerusi data rasmi sistem kajian pengesahan graduan oleh kementerian tersebut.

Bagaimanapun, katanya kadar pengangguran graduan itu mengalami penurunan kepada 3.7 peratus pada 2022 berbanding 4.1 peratus pada 2021 yang lalu.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, usaha untuk mengatasi masalah tersebut turut sedang dirangka oleh kementerian terbabit.

Antara langkah yang sedang diusahakan adalah dengan menawarkan pinjaman kepada mahasiswa tahun akhir bagi mengikuti program pensijilan profesional pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, kerajaan telah menyediakan tabung berjumlah RM15 juta bagi pelajar-pelajar tahun akhir yang mahu memohon untuk mendapatkan sijil profesional tersebut.

“Ini supaya boleh membantu untuk mendapatkan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya semasa sesi menggulung perbahasan di Dewan Rakyat.

Penggulungan perbahasan itu dibuat di peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Sementara itu, KPT juga telah mengenal pasti beberapa strategi baharu. Ia termasuk pelaburan penyelidikan berterusan dalam menentukan kecemerlangan universiti tempatan.

Difahamkan, Dewan Rakyat juga telah meluluskan anggaran berjumlah RM16,339,467,900 perbelanjaan dalam mengurus dan pembangunan.

Perbelanjaan itu itu bertepatan dengan jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada KPT dalam Belanjawan 2024.

Sumber: BERNAMA

The post Seramai 29,000 Graduan Tiada Pekerjaan Selepas Enam Bulan Tamat Pengajian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*