Pelancong Indonesia Puji TBS, ‘Dah Macam Airport’

pelancong indonesia tbs

Pelancong Indonesia Puji TBS, ‘Dah Macam Airport’

Seorang pelancong warga Indonesia memuji cara Malaysia membina stesen bas selepas melihat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur yang seakan-akan seperti lapangan terbang susulan keluasannya yang besar.

Menerusi satu hantaran di X, Gaz yang juga merupakan rakyat Indonesia bercuti ke Malaysia baru-baru ini berkata sistem TBS sangat sistematik dan teratur memudahkan pengguna untuk membeli tiket.

“Terminal bas dah macam lapangan terbang, ada ruang pelepasan dan ketibaan yang sangat besar.

“Sistem penjualan tiket adalah berpusat. Semua kaunter atau pusat layan diri tiket menjual semua tiket bas ke pelbagai destinasi,” katanya dalam hantaran di X pada Sabtu lalu.

Menurutnya, susun atur bangunan TBS juga tidak memeningkan malah memudahkan pelancong yang mahu menuju ke terminal itu kerana terdapat kemudahan disediakan di setiap tempat.

“Bila masuk ke dalam TBS Kuala Lumpur tidaklah rumit.

“Masuk ke dalam bangunan anda akan segera menemui lobi dan kaunter tiket seperti dalam gambar, susun atur bangunan juga mudah difahami.

“Sementara itu, kalau masuk sahaja ke bangunan di Terminal Pulogebang, Jakarta di Indonesia pasti bingung nak cari kaunter ejen bas di mana.

“Apatah lagi diganggu oleh broker rawak. Selain itu, ruang di Terminal Pulogebang kelihatan terlalu sempit untuk memuatkan berpuluh-puluh kaunter tiket,” jelasnya.

BACA: Istilah Payung Emas Adalah Hadis Palsu – Dr Zulkifli

Ciapannya itu kemudian menjadi tular di media sosial Indonesia selepas rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman menaiki kemudahan awam di Malaysia.

Selain itu, dia turut memuji rakyat Malaysia yang dilihat mengambil pendekatan sendiri dengan membaca laluan stesen sebelum bertanya kepada pegawai berdekatan untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju.

“Semasa di Kuala Lumpur, selalu sangat lihat orang membaca berita dan maklumat serta membaca peta laluan yang dipaparkan di papan maklumat stesen dan perhentian bas.

“Sedangkan di Jakarta, sangat jarang untuk melihat aktiviti (membaca) sebegini, malah hampir tidak pernah melihatnya. Lebih kerap melihat orang bertanya terus kepada pegawai secara lisan,” ujarnya.

Sumber: @gerbongbagasi/X

The post Pelancong Indonesia Puji TBS, ‘Dah Macam Airport’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*