Servis ‘Angin’, Kakak Ni Pukul Bula Ping Pong Tak Kena-kena Buat Ramai Terhibur

wanita ping pong cuit hati

Servis ‘Angin’, Kakak Ni Pukul Bula Ping Pong Tak Kena-kena Buat Ramai Terhibur

Ping pong merupakan salah satu sukan dalaman yang dimainkan di atas meja rata yang memiliki jaring yang membahagikan antara kawasan pemain dengan lawannya.

Peraturan permainannya pula tidak ubah seperti sukan tenis, yang mana pemain perlu memukul bola dengan menggunakan bet atau pemukul.

Seperti tenis, pemain hanya boleh membalas servis lawan bola tersebut apabila bola berkenaan melantun sekali di bahagiannya.

Tidak ubah seperti beberapa permainan lain, sukan ping pong boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau beregu.

Sungguhpun bermain dalam dalam bangunan dan tidak memerlukan pergerakan yang besar, sukan ini masih dianggap mencabar.

Hal ini kerana permainan ini memiliki pace yang agak  laju dan memerlukan reaksi pantas dari pemain.

Di Malaysia, orang ramai suka bermain sukan ini kerana ping pong tidak memerlukan peralatan mahal. Malah kebanyakan peralatannya mudah didapati di kedai peralatan sukan, kedai buku dan sebagainya.

Selain itu, para pemain tidak perlu untuk menyewa gelanggang kerana mereka hanya memerlukan meja yang rata untuk bermain permainan ini secara santai.

Malah, ada sesetengah tempat seperti kolej kediaman, pejabat, resort dan sebagainya menyediakan meja ping pong untuk kegunaan riadah.

Maka, tidak hairan bahawa sukan ini banyak dimainkan oleh rakyat Malaysia, khususnya pada waktu rehat dan waktu malam.

Bagi mereka yang baru bermain sesuatu sukan, sudah semestinya merasa kekok dan noob kerana tidak begitu memahami konsep dan peraturan sukan berkenaan.

Gelagat wanita yang baru berkecimpung dalam dunia sukan ping pong cuit hati ramai orang

Gelagat seseorang yang baru berjinak-jinak dalam sukan baru sudah semestinya kelihatan agak lucu dan mencuit hati orang di sekelilingnya.

Perkara ini bersesuaian dengan konteks video yang dimuat naik pengguna Dewi Oyie (@dewioyie) di TikTok baru-baru ini.

Dalam video pendek yang berdurasi yang berdurasi tujuh saat itu, seorang wanita ingin membuat pukul servis bagi memulakan permainan.

Sebelum itu, wanita tersebut telah melantunkan bola ping pong di atas meja dan bola berkenaan melantun berkali-kali di tempat berkenaan.

Wanita tersebut cuba untuk memukul bola berkenaan namun pukulan sering ‘dielak’ bola berkenaan dan menyebabkan cubaannya tidak lepas-lepas.

Gelagat wanita yang cuba untuk memukul bola tersebut telah mencuit hati pemain dan orang ramai yang berada di persekitarannya.

“Bila kau first time main ping pong.. Plus main dengan mata sebelah sahaja.. Hahaha..,” tulis Dewi Oyie pada ruangan kapsyen.

@dewioyie

Bile ko first time main pingpong.. Plus main ngan mata sebelah je.. Hahaha.. #dewioyie #pingpongchallenge #funny #funnyvideos #funnymoments

♬ Funny – Gold-Tiger

Video tersebut telah menarik perhatian warga maya apabila mencapai sebanyak 1.1 juta jumlah tontonan di TikTok.

Dalam pada itu, video lucu itu turut meraih sebanyak 46.9k likes dan 4,415 komen dari pengguna di laman perkongsian video tersebut.

Rata-rata pengguna terhibur dengan gelagat wanita berkenaan yang ingin membuat pukulan servis, tetapi tidak kesampaian.

Ada juga komen-komen kelakar daripada pengguna yang mampu membuatkan pengguna lain tidak kering gusi ketika menatal ruangan komen.

“Jangan dikipas bola tu, sejuk nanti,” komen pengguna @dxauus. 

“Kak, satay daging sepuluh,” pengguna @ejalmikasilah yang melihat gelagat wanita tersebut seakan-akan mengipas sate di atas pemanggang.

“Tak pernah saya jumpa skill macam ni kak… Kekeke,” pengguna @emilorisewa menzahirkan rasa kagum ketika melihat skill luar biasa itu.

BACA: Ayah Menangis Saat Makan Hidangan Pertama Anak Baru Belajar Memasak

Sumber: @dewioyie via TikTok

The post Servis ‘Angin’, Kakak Ni Pukul Bula Ping Pong Tak Kena-kena Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*