Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang – TLDM

bedah siasat tldm

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang – TLDM

LUMUT, 24 April (Bernama) — Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh telah selesai pada 2.20 petang hari ini.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.

Selain itu, jasad mendiang Lt T. Sivasutan akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan sebelum disemadikan esok (25 April) manakala jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Serian, Sarawak untuk disemadikan.

Kenyataan itu memaklumkan pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian itu.

“TLDM akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut memaklumkan penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris.

Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pegawai Imigresen Tak Boleh Tolak Permohonan Pasport Jika Individu Tak Fasih Bahasa Melayu

The post Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang – TLDM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*