Shalini hilang di Damansara Perdana belum ditemui

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar Flora Damansara, Damansara Perdana, di sini, pada Selasa lalu, masih belum dapat dikesan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa Shalini Krisman, 14, kali terakhir dilihat berada di rumahnya kira-kira pukul 6.55 pagi.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima laporan berhubung kes kehilangan remaja warga tempatan tersebut pada Selalu sekitar pukul 9.22 pagi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mohon tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Amir Hakimi Zakaria di talian 013-3783178,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

The post Shalini hilang di Damansara Perdana belum ditemui appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*