Permohonan Visa Pelajar Dari Malaysia Pada 2022 Meningkat Ke Tahap Sebelum Pandemik.

Permohonan visa pelajar dari Malaysia bagi tahun 2022 telah kembali ke tahap sebelum pandemik, dan menunjukkan bahawa pergerakan di peringkat antarabangsa sudah beransur pulih. Menurut VFS Global, pakar terbesar dunia dalam bidang perkhidmatan visa penyumberluaran dan teknologi untuk kerajaan dan misi diplomatik, permohonan visa pelajar bagi tahun 2022 adalah 4% lebih tinggi daripada jumlah bagi tahun 2019. Permohonan adalah 38% lebih tinggi berbanding 202, memandangkan kebanyakan sempadan antarabangsa ditutup kerana sekatan perjalanan akibat pandemik dan kampus universiti antarabangsa dikendalikan secara hibrid pada tahun tersebut. 

“Pemohon di kalangan pelajar merupakan kategori utama bagi VFS Global di Malaysia dan peningkatan permohonan menandakan keadaan kian pulih ke tahap sebelum pandemik dan momentum dalam pergerakan keluar di kalangan pelajar-pelajar negara ini. Oleh kerana lebih 75% daripada permohonan visa pelajar adalah untuk ke United Kingdom, kami masih meneruskan kerjasama erat dengan UK Visas and Immigration (UKVI) untuk memastikan urusan yang lancar dalam musim puncak yang akan datang. Memandangkan adanya permintaan terpendam yang tinggi, kami menyeru para pelajar supaya membuat permohonan untuk mendapatkan visa mereka seawal mungkin untuk mengelakkan kesesakan pada saat-saat akhir,” kata Kaushik Ghosh, Ketua – Australasia, VFS Global.

Lebih daripada 7,220 rakyat Malaysia diberikan visa pelajar untuk menyambung pelajaran di UK dalam tahun 2022, yang merupakan jumlah yang hampir sama dengan jumlah sebelum pandemik pada tahun 2019. Jumlah visa yang dikeluarkan bagi kategori ini pada tahun 2022 meningkat sebanyak 3,000 dan 500 berbanding tahun 2020 dan 2021, iaitu semasa sekatan perjalanan berkuat kuasa.

Charlotte Day, Ketua bagi UKVI International Network, berkata, “Kami gembira kerana UK masih terus menjadi pilihan bagi ramai pelajar Malaysia sebagai destinasi untuk menyambung pengajian mereka. Walaupun beberapa tahun yang lalu merupakan satu tempoh yang begitu mencabar, permintaan kekal tinggi, dan kami berbesar hati kerana dapat bersama-sama dengan VFS dan rakan FCDO untuk membantu memudahkan urusan begitu banyak permohonan visa dalam segmen pasaran yang penting yang kini hampir kembali ke tahap sebelum pandemik.

“Bagi mereka yang merancang untuk ke luar negara pada musim panas ini, kami menyeru supaya anda membuat permohonan visa secepat mungkin. Sesiapa yang memohon visa pelajar boleh membuat permohonan enam bulan sebelum bermulanya kursus mereka, oleh itu pastikan anda menghantar permohonan sebaik sahaja anda menyediakan semua dokumen sokongan!”

VFS Global dan UKVI juga turut menyediakan langkah-langkah tertentu untuk memudahkan urusan dalam musim puncak perjalanan pelajar. Menjelang musim puncak, VFS Global membuka Pusat Permohonan Premium di sekitar kampus-kampus universiti dan Lokasi Pendaftaran Sementara di Malaysia Timur supaya lebih mudah bagi para pelajar untuk mendapatkan perkhidmatannya. Waktu operasi pusat permohonan visa juga akan dilanjutkan untuk menerima permohonan serta pengambilan paspor.

Destinasi utama yang menjadi pilihan pelajar dari Malaysia termasuklah Australia, Kanada dan Jerman.

Panduan Perjalanan pada Musim Puncak

Kami menjangkakan permintaan yang tinggi bagi visa pelajar UK pada musim panas ini, oleh itu kami mengesyorkan supaya anda membuat permohonan visa pelajar seawal mungkin – sebaik sahaja anda menerima ‘Certificate of Acceptance for Study (CAS)’ daripada penyedia pendidikan anda.

Pelanggan yang ingin ke UK boleh memohon untuk mendapatkan visa enam bulan sebelum tarikh kursus mereka bermula.

Pelanggan diingatkan untuk memastikan bahawa segala maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan mereka telah disediakan, termasuklah maklumat mengenai sebarang sela masa dalam sejarah pengajian mereka. Penilaian berkenaan keputusan anda akan mengambil masa yang lebih lama sekiranya permohonan anda tidak tepat atau tidak lengkap.

Layari www.gov.uk/student-visa untuk maklumat lanjut termasuklah mengenai cara untuk mula membuat permohonan.

#WaspadaTerhadapPenipuan

Pemohon visa dinasihatkan supaya berwaspada terhadap penipuan oleh mana-mana pihak yang menggunakan nama VFS Global atau nama lain yang mengenakan bayaran kepada pelanggan untuk mengadakan janji temu atau menyediakan sebarang perkhidmatan lain. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mengadakan janji temu. Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi kakitangan kami atau hantar e-mel kepada Customercare@vfsglobal.com.

Nikmati perkhidmatan nilai tambahan kami bagi permohonn visa yang lebih lancar, seperti:

  • Ruang Premium: Pantas, selamat, selesa – dapatkan pengalaman permohonan visa yang istimewa.
  • Bantuan untuk mengisi borang: Dapatkan bantuan daripada kakitangan kami yang mempunyai kepakaran untuk melengkapkan permohonan visa anda menerusi telefon atau di  pusat permohonan visa.
  • Perkhidmatan pemulangan melalui kurier: Kami menghantar pasport dan dokumen anda melalui kurier – pantas, selamat dan mudah.
  • Peringatan melalui SMS: Pastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai permohonan visa anda.
  • ODMV
  • Prime Time: Anda boleh datang ke pusat permohonan visa di luar waktu operasi, sesuai untuk golongan profesional yang bekerja kerana dapat mengelakkan daripada berurusan semasa waktu puncak dan dapat menyerahkan permohonan dengan lebih fleksibel
  • Penyerahan permohonan secara digital: Dengan menggunakan DAS, pelanggan boleh menyerahkan permohonan mereka dengan bantuan kami menerusi video chat. Pelanggan akan memuat naik dokumen mereka untuk semakan kakitangan kami yang terlatih sebelum penyerahan dibuat.
  • Penyimpanan Pasport: Anda boleh memilih supaya VFS Global menyimpan pasport anda sementara permohonan visa UK anda sedang dinilai, menerusi perkhidmatan ‘Keep My Pasport While Applying oleh VFS Global’.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini: www.vfsglobal.com/en/individuals/solutions.html

The post Permohonan Visa Pelajar Dari Malaysia Pada 2022 Meningkat Ke Tahap Sebelum Pandemik. appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*