Siap Menang Anugerah, Ni 3 Drama Viu Original Korang Wajib Tengok

Siap Menang Anugerah, Ni 3 Drama Viu Original Korang Wajib Tengok

Tahun 2023 menyaksikan himpunan pelbagai drama Melayu yang mendapat tempat di hati ramai. Bukan sahaja bagi drama yang disiarkan di kaca televisyen, namun drama yang disiarkan secara dalam talian juga tidak kurang hebatnya.

Walaupun mungkin diketahui selama ini kebanyakan drama diadaptasi dari novel, namun ada juga sebenarnya yang merupakan idea asal penulis-penulis skrip tempatan. Bahkan, idea-idea yang ditonjolkan dalam karya terbabit sangat fresh dan lain dari yang lain, yang tidak pernah ditonton sebelum ini.

Tidak ramai juga yang sedar bahawa ada drama Melayu yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Ini sekaligus menandakan bahawa drama-drama dari Malaysia berada di kelas yang tersendiri.

Baru-baru ini, Viu Original Nenek Bongkok Tiga, Hilang dan Ijab Kabut telah menerima 10 anugerah dalam beberapa kategori di Asian Academy Creative Awards 2023.

Jom kita recap latar belakang ketiga-tiga drama ini. Boleh lah nak binge-watch masa hujung minggu nanti.

1. Nenek Bongkok Tiga

Siri bergenre dark fantasy arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini berjaya menggondol lima anugerah termasuklah dalam kategori Pengarahan Terbaik (Fiksyen). Lain-lain kategori ialah kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Syafie Naswip), kategori VFX Terbaik (Yureka), VFX dan Suntingan Terbaik (Johan Bahar) dan Produksi Asal Terbaik oleh Penstrim/OTT.

Bagi yang belum tahu, drama 10 episod ini telah ditayangkan pada 9 Februari lalu. Bertemakan dark fantasy dan thriller, ia mengisahkan tentang lapan orang yang dijadikan tebusan di dalam sebuah rumah agam di tengah hutan Bukit luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang.

Rumah tersebut didiami oleh seorang Nenek, yang merupakan penjaga rumah itu. Dia mendakwa bahawa lapan orang tersebut telah menceroboh kawasan makhluk bergelar Tuan Tanah dan perlu melakukan beberapa cabaran untuk menyelamatkan diri.

Selain Syafie Naswip, siri ini turut dibintangi oleh Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Sherie Merlis, Syazwan Zulkifly, Sofia Jane, Ashraf Muslim dan Rykarl Iskandar.

Gambar: Viu Malaysia

2. Hilang

Drama ini tidak kurang hebatnya apabila berjaya mendapat anugerah bagi kategori Lagu Tema Terbaik menerusi lagu Rasa Yang Hilang dan Runut Bunyi Terbaik.

Khir Rahman yang merupakan salah seorang pelakon utama drama ini memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Siti Saleha pula dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik AACA 2023.

Siri Hilang ini menceritakan tentang pembunuhan misteri seorang remaja pendatang tanpa izin di kampung Seri Daik. Ia telah membawa Inspektor Munir pulang ke kampung halamannya yang ditinggalkan 17 tahun lalu.

Di kampung itu, beliau terserempak dengan Yusof, seorang ustaz dan juga rakan lamanya yang dituduh sebagai punca kematian adiknya.

Peliknya, Yusof percaya penjenayah yang mereka cari bukan daripada dunia nyata. Apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri, Munir dan Yusof mesti bekerjasama untuk membongkar rahsia gelap yang menyelubungi kampung Seri Daik.

Gambar: Vu Malaysia

3. Ijab Kabut

Siri romantik komedi ini telah mendapat anugerah menerusi kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik, yang dimenangi oleh pelakon utamanya, Azira Shafinaz.

Turut dibintangi Iedil Dzuhrie Alaudin dan Fadlan Hazim, Ijab Kabut menceritakan mengenai seorang penerbit muzik yang kompetitif, Deanna. Dia berazam untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gah demi mengatasi sepupunya.

Teliti dan licik, dia hampir berjaya mendapatkan majlis yang sempurna, sehinggalah tunangnya memutuskan pertunangan mereka.

Selepas itu, Deanna bertekad untuk mencari pengganti dalam tempoh tujuh bulan di samping berdepan segala masalah dalam merancang majlisnya. Khai, perancang perkahwinannya yang mementingkan kesempurnaan, dan Mat, penghantar surat di syarikat rakaman Deanna, bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal juga terjebak sama.

Siapakah pilihan Deanna? Jom layan Ijab Kabut di Viu.

Gambar: Viu Malaysia

Menariknya kesemua drama ini boleh ditonton secara percuma. Bagi korang yang belum tengok lagi, min betul-betul recommend sebab penceritaan yang mantap dan unik. Korang boleh tengok episod penuh di Viu.

Apa pun tahniah buat Viu Malaysia yang berjaya merangkul 10 anugerah tersebut, moga lepas ni banyak lagi siri-siri menarik yang diterbitkan.

The post Siap Menang Anugerah, Ni 3 Drama Viu Original Korang Wajib Tengok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*