Amerika Syarikat Umum Rancangan Bawa Keluar Rakyatnya Dari Israel

Amerika bawa keluar israel

Amerika Syarikat Umum Rancangan Bawa Keluar Rakyatnya Dari Israel

Jabatan Negara Amerika Syarikat dilaporkan sedang mengatur penerbangan untuk membawa keluar warganya yang kini berada di Israel, lapor ABC News.

Perkara itu diumumkan oleh White House pada Khamis lalu susulan pergolakan yang sedang berlaku.

Bagaimanapun, butiran mengenai penerbangan itu masih sedang diuruskan tetapi ia dijadualkan akan bermula pada hari ini, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, John Kirby.

“Saya ingin menambah bahawa kami juga sedang menerokai pilihan lain untuk mengembangkan kapasiti ini. Termasuk rancangan untuk membantu rakyat Amerika keluar melalui darat dan laut,” kata John lagi.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Negara, Mathew Miller berkata bahawa “pilihan perjalanan awal ini untuk memudahkan perjalanan yang selamat untuk ribuan warga AS”.

“Situasi keselamatan keseluruhan, ketersediaan dan kebolehpercayaan pengangkutan komersial warga AS semuanya mempengaruhi tempoh bantuan berlepas,” kata Miller.

Tambah Miller, pegawai kanan Jabatan Negara sedang aktif bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan rakan kongsi antarabangsa tentang rancangan itu.

Rancangan terbaik adalah dengan memberikan pilihan kepada warga AS sama ada mahu meninggalkan Israel atau kembali ke Amerika Syarikat.

Sebelum ini, kedutaan AS di Israel telah menghantar mesej kepada rakyat Amerika bahawa mereka akan mengambil masa sedikit lama untuk membawa mereka keluar.

Proses membawa keluar itu akan dibuat melalui udara dan laut

Mesej itu menunjukkan bahawa ekspatriat akan diangkut melalui udara ke Athens, Greece atau Frankfurt, Jerman melalui laut dari Haifa ke Cyprus.

“Anda tidak boleh memilih destinasi anda. Kami akan menugaskan anda ke penerbangan atau kapal seterusnya yang tersedia,” kata kedutaan itu.

Selain itu, warga AS yang dibawa keluar perlu menandatangani perjanjian untuk membayar balik kepada kerajaan AS sebelum berlepas.

Mereka juga dikehendaki membuat pengaturan untuk penginapan di mana-mana negara yang mereka tiba, jelas kedutaan itu lagi.

Sementara itu, Delta Airlines berkata bahawa mereka akan bekerjasama dengan kerajaan AS bagi membantu menyediakan penerbangan untuk rakyat Amerika.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sebuah lagi syarikat penerbangan iaitu United Airlines juga telah berhubung rapat dengan Jabatan Negara untuk menambah penerbangan buat rakyat Amerika di Israel.

Pada Rabu lalu, syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa mereka akan menambah penerbangan dari Athens ke Newark untuk membantu pelancong.

Pada hari yang sama juga, Jabatan Negara telah menaikkan tahap amaran perjalanan untuk Israel dan Tebing Barat ke Tahap 3.

Amaran itu dibuat selepas mempertimbangkan semula perjalanan kerana keganasan dan pergolakan awam yang sedang berlaku pada masa ini.

Sumber: ABC News

The post Amerika Syarikat Umum Rancangan Bawa Keluar Rakyatnya Dari Israel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*