Siarkan Senarai Penjenayah “Wanted” Tanpa Nama & Gambar, Polis Colombia Dikecam

Polis Colombia Dikecam

Siarkan Senarai Penjenayah “Wanted” Tanpa Nama & Gambar, Polis Colombia Dikecam

Polis di Santa Marta, Colombia baru-baru ini dikritik ekoran menyiarkan poster senarai penjenayah dikehendaki tanpa gambar atau nama sebenar.

Menurut laporan Oddity Central, pada 2 Januari lalu Jabatan Polis Santa Marta telah menerbitkan poster 12 penjenayah yang paling dikehendaki di bandar Colombia.

Poster itu telah meminta bantuan orang ramai bagi menangkap penjenayah yang didakwa kesemuanya merupakan ahli kartel dadah “Los Pachenca”.

Kesemua 12 individu itu turut disyaki terlibat dalam siri perbuatan jenayah yang dilakukan di Santa Marta dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Jadi tindakan polis meminta bantuan penduduk untuk menangkap penjenayah adalah wajar.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Namun satu-satunya masalah ialah poster yang diterbitkan hanya menyebut nama samaran suspek dan bukannya nama sebenar mereka malah gambar grafik juga tidak disertakan.

“Adalah sangat penting bagi rakyat untuk membantu kami mengenal pasti penjenayah yang melakukan jenayah di seluruh bandar ini. Kami juga akan memberikan ganjaran kepada orang ramai yang memberikan maklumat berkenaan penjenayah,” kata Ketua Polis.

Kredit Twitter

Seperti dalam poster yang dikeluarkan, polis tidak menerima terlalu banyak petunjuk berguna berkenaan penjenayah memandangkan maklumat yang tidak jelas dalam poster yang diterbitkan.

Orang ramai juga dipercayai mengecam jabatan polis itu kerana menerbitkan poster sedemikian di negeri tersebut.

“Itu adalah badan siasatan polis Colombia. Satu pekerjaan yang cemerlang! Mereka tidak menyiarkan gambar itu kerana mereka akan kehilangan gaji,” tulis seorang pengguna Twitter.

Jabatan Polis Santa Marta akhirnya telah menarik semula poster penjenayah yang dikehendaki tersebut selepas ianya tular di Twitter dan mendapat kecaman hebat.

Sumber: Oddity Central

The post Siarkan Senarai Penjenayah “Wanted” Tanpa Nama & Gambar, Polis Colombia Dikecam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*