Siswa jadi hero, terjun tasik ‘selamatkan’ telefon bimbit

Seorang siswa digelar hero apabila sanggup terjun untuk ‘menyelamatkan’ telefon bimbit pelajar perempuan yang terjatuh di dalam tasik di Universiti Malaysia Sarawak, semalam.

Menerusi satu video yang dimuat naik pelajar perempuan itu di akaun TikTok @Mumu dengan kapsyen ‘Tragedi November’ memperlihatkan dirinya menangis teresak-esak kerana telefon bimbitnya terjatuh.

Berdasarkan komen di hantaran video tersebut, rata-rata pengguna akaun TikTok mengusik pelajar perempuan itu dengan siswa terbabit.

“Sebab itu, jambatan tersebut digelar sebagai jambatan cinta,” komen Bunga.

“Tahniah, dapat jodoh daripada tasik,” tulis Syaa di ruangan komen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang melawak bahawa ikan sekarang suka makan telefon bimbit daripada roti.

“Kebiasaannya orang bagi roti untuk ikan dekat tasik, jarang orang bagi telefon bimbit untuk ikan,” seloroh Muaiaman.

“Cuba periksa buku kenalan, mana tahu kalau ada ikan di tasik bagi nombor telefon,” tulis Ms.

Video tersebut telah menerima sebanyak 610,000 tontonan dengan 511 perkongsian dan 53,200 tanda suka. -KOSMO! ONLINE

BACA: ‘Berkempen dengan cara burukkan pihak lain? Tak sedar diri sungguh’ – Netizen muak dengan kempen bersifat perkauman dari pemimpin UMNO & PAS

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*