Skim Disc Atau Tukar Baru? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah & Murah Penjagaan Brake Disc

Skim disc

Skim Disc Atau Tukar Baru? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah & Murah Penjagaan Brake Disc

Penjagaan kenderaan sangat perlu dititik beratkan oleh setiap pemilik kerana penjagaan yang baik mampu memberikannya sentiasa berada pada tahap yang selamat.

Enjin kereta merupakan komponen yang paling penting untuk setiap pemilik lakukan pemeriksaan berkala. Jika enjin kereta mengalami kerosakan maka kenderaan anda tidak dapat digunakan.

Kerosakan enjin juga akan menyebabkan kos membaik pulih menjadi semakin tinggi jika ia tidak dilakukan dengan segera.

Selain enjin, penjagaan brek juga harus diambil kira, kerana jika brek tidak berada pada tahap yang optimum maka ia mampu mendatangkan bahaya kepada pengguna. Daripada minyak brek sehinggalah cakera brek (brake disc) dan brake pad.

Oleh yang demikian, tujuan artikel ini ditulis pada hari ini adalah untuk mengenal pasti keadaan brake disc yang berada di kenderaan anda.

Brake disc merupakan komponen penting dalam memberikan pengurangan daya pergerakan kenderaan anda sewaktu pengguna sedang menekan brek.

Brake disc yang mempunyai kesan lekukan atau tidak rata akan memberikan kesan brek yang tidak baik seperti steering bergegar semasa menekan brek.

Kredit TikTok

Apa yang anda boleh lakukan jika brake disc jadi begitu?

Seorang pengusaha bengkel kenderaan yang menggunakan akaun TikTok @muadzmustfha telah berkongsikan bagaimana cara untuk mengatasi masalah itu.

Kredit TikTok

Menurutnya, cara pertama yang anda boleh lakukan adalah dengan membuat ‘skim’ brake disc anda.

Apa itu skim?

Skim adalah kaedah yang digunakan untuk ratakan semula permukaan brake disc yang sudah berlekuk tadi.

Namun perlu diingatkan tidak semua brake disc boleh dilakukan skim, terutamanya yang sudah nipis.

Kredit TikTok

Jika disc sudah nipis kemudian anda pergi buat skim maka disc tadi boleh pecah.

Anda juga boleh lihat tahap ketebalan disc yang diperlukan pada sesebuah brake disc sebelum proses skim dilakukan.

Kebiasaannya ia ditulis pada brake disc, namun tidak semua jenis brake disc akan tertera tahap ketebalan tersebut.

Jika brake disc anda masih tebal maka proses skim tadi boleh dilakukan dan ia boleh memberikan penjimatan daripada menukar sebuah brake disc terus.

Muadz itu juga sempat berpesan agar anda perlu dapatkan nasihat pakar untuk lebih mudah kerana perkara ini melibatkan wang dan nyawa.

Diharapkan dengan perkongsian ini anda dapat menjadi lebih peka dan bijak berkenaan penjagaan brake disc kenderaan anda. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

@muadzmustafha

Brake berbunyi boleh jadi ini puncanya.#discbrake #wurth #jimat #navara #learnontiktok #tiktokguru #tiktokmalaysia #drtayarmuar

♬ Rock and Roll Session – Canal Records JP

Sumber: TikTok via @muadzmustafha

The post Skim Disc Atau Tukar Baru? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah & Murah Penjagaan Brake Disc appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*