Zii Jia Tetap Pendirian, Belum Fikir Ambil Jurulatih

zii jia nekad tiada jurulatih

Zii Jia Tetap Pendirian, Belum Fikir Ambil Jurulatih

Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mengakui belum terbuka hati untuk mengambil jurulatih dan mengubah pendiriannya untuk meneruskan kerjaya tanpa bimbingan jurulatih.

Walaupun didesak untuk mempertimbangkan keputusannya semula, pemain nombor empat dunia itu kekal dengan keputusannya untuk  bergerak solo.

“Saya hanya mahu fokus apa yang ada di depan. Saya perlu lakukannya. Secara jujur, setakat ini memang saya tidak ada fikir untuk ambil jurulatih dan tetap dengan pendirian itu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, beliau masih menghormati pandangan yang diberikan bekas pemain kebangsaan terhadap keputusannya sebelum ini.

“Bukan saya enggan mengulas komen-komen yang diberikan sebelum ini. Tindakan itu bukan saya tidak menghormati mereka, saya tetap hormat kerana mereka adalah legenda.

“Apa yang mereka bagi (pandangan) itu saya terima, tetapi saya tidak boleh layan semua kerana satu komen ini dan satu komen itu. Kalau saya layan, tidak betul juga kerana saya pun tidak ada banyak masa,” tambahnya.

Saranan dari bekas pemain negara

Sebelum ini, bekas pemain negara, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim memberi saranan kepada Zii Jia agar menimbang semula keputusannya.

Lee Zii Jia telah berpisah dengan jurulatihnya asal Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lepas.

Bagi Rashid Sidek, setiap pemain perlu ada jurulatih dan pasukan yang bagus kerana ia dapat meningkatkan keupayaan fizikal serta mental pemain.

Beliau turut mengatakan bahawa Zii Jia hanya perlu fokus kepada bermain sahaja.

Memetik Bernama, ketiadaan jurulatih ternyata memberikan impak kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Pemain tersebut mengalami prestasi yang merudum apabila kecundang pada pusingan kedua Indonesia Masters pada 26 Januari lalu.

Zii Jia turut tewas pusingan kedua Terbuka Malaysia awal Januari lalu dan kemudian tersingkir di pusingan kedua Terbuka India.

Kini, Zii Jia sedang melakukan persiapan bersama skuad negara untuk menghadapi beberapa kejohanan besar pada tahun ini. Antaranya, Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.

BACA: Zii Jia Perlu Cari Jurulatih – Rashid Sidek

Sumber: Sinar Harian

The post Zii Jia Tetap Pendirian, Belum Fikir Ambil Jurulatih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*