SPOTV Memperoleh Hak Liga Roshn Saudi, Sedia Untuk Kick-off!

SINGAPURA, 9 Ogos 2023 – SPOTV dengan sukacitanya mempersembahkan Liga Roshn Saudi kepada peminat bola sepak untuk dua musim akan datang, selepas menandatangani perkongsian dengan Liga untuk wilayahnya: Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, dan Thailand.

Di Malaysia, ia dijadualkan akan menyiarkan 102 perlawanan dalam musim 2023/24 yang akan datang, yang akan bermula pada hujung minggu ini, 12 Ogos pada jam 0200 (MYT).

Penonton akan dapat menonton tiga (3) perlawanan setiap minggu secara LANGSUNG, di saluran SPOTV, serta aplikasi SPOTV NOW. Pelanggan prabayar di SPOTV NOW akan dapat menikmati perlawanan secara LANGSUNG, di telefon bimbit atau laman web mereka.

Saluran SPOTV tersedia di Malaysia melalui Astro dan Unifi TV.

Ini adalah sangat mengujakan bagi platform ini selepas musim perpindahan yang sangat aktif, di mana Liga ini menyambut lebih ramai pemain antarabangsa terbaik ke dalam kelompok kelab-kelab teratas seperti Al Nassr, Al Hilal, Al Ahli, dan Al Ittihad.

Liga yang dikendalikan oleh bintang-bintang ini merangkumi Cristiano Ronaldo, pemain-pemain baru; bekas penyerang Real Madrid Karim Benzema, bekas pemain Chelsea N’Golo Kante, pertahanan Kalidou Koulibaly dan penjaga gol Edouard Mendy, serta bekas penyerang Liverpool Roberto Firmino dan bekas Fabinho, bekas pemain Inter-Milan Marcelo Brozovic, bekas pertahanan Manchester United Alex Telles, bekas penyerang Manchester City Riyad Mahrez, bekas penyerang Bayern Munich Sadio Mane, dan bekas penyerang Newcastle United Allan Saint-Maximin, dengan lebih banyak lagi dalam perbincangan.

Liga Roshn Saudi ini merupakan salah satu liga yang paling dinantikan untuk ditonton musim ini, di mana peminat bola sepak di seluruh dunia akan mengikuti prestasi pemain-pemain terbaik ini dengan rapat ketika mereka memasuki wilayah baru. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendekati tindakan Langsung, bila-bila masa, di mana-mana sahaja di SPOTV!

SPOTV komited untuk memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan mendekatkan peminat kepada acara sukan terbesar dan paling popular di dunia, bukan sahaja di skrin TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW serta liputan di belakang tabir dan di tapak acara yang diangkat dan diadaptasi secara tempatan di @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok, dan Twitter.

The post SPOTV Memperoleh Hak Liga Roshn Saudi, Sedia Untuk Kick-off! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*