SPRM Siasat Video Didakwa Beri ‘Sedekah’ Pada Pengundi Di Daerah Terengganu

'Sedekah' Duit Pada Pengundi

SPRM Siasat Video Didakwa Beri ‘Sedekah’ Pada Pengundi Di Daerah Terengganu

Kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau perbuatan rasuah ketika tempoh kempen PRU15 telah dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Sinar Harian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM telah melakukan siasatan ekoran dakwaan pemberian wang tunai kepada pengundi selepas mendapat aduan dan bahan bukti berupa rakaman video yang berlaku di sebuah daerah di Terengganu.

Menurut beliau, siasatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang bermaksud ia menjadi satu kesalahan untuk memberi bantuan kewangan sepanjang kempen pilihan raya kerana ia boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk rasuah.

Tambah beliau lagi, walaupun terdapat parti politik yang menyatakan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai itu adalah berupa sedekah, namun kesalahan itu tetap melibatkan unsur rasuah seperti di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Ya benar ada pihak menyatakan ia sebagai satu sedekah kepada orang ramai, namun tetap (menjadi) satu bentuk kesalahan iaitu memberi rasuah berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Oleh yang demikian, SPRM telah bertindak membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut setelah menerima aduan semasa dan selepas pilihan raya. 

“Proses siasatan juga dilakukan bagi apa jua kes yang dirujuk kepada kami di SPRM,” kata Tan Sri Azam Baki pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas kenyataan daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan petisyen yang difailkan oleh UMNO Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang dirakam menyerahkan wang tunai dalam video tersebut hanya melakukan kerja amal.

Kata Ahli Parlimen Marang itu lagi, undang-undang pilihan raya hanya menetapkan calon dan ejen mereka sahaja yang dilarang dalam memberi wang tunai.

Sementara itu, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa pemberian duit semasa kempen pilihan raya adalah bergantung kepada niat dan tujuan seseorang itu.

Mengulas lanjut Azam Baki berkata, pemberian apa sahaja bentuk dengan tujuan memperoleh balasan walaupun tidak menyatakan sebarang tujuan secara khusus adalah menjurus kepada perbuatan berunsur rasuah.

Jelasnya, meskipun pelbagai alasan diberikan yang menyatakan pemberian itu bersifat sedekah atau sumbangan semasa berkempen, perbuatan itu tetap adalah tidak kena tempat dan tempoh masa.

Menurutnya lagi, perbuatan itu jelas bertentangan dengan akta yang sudah ada. Perbuatan berupa ‘suapan’ tetap salah meskipun pelbagai istilah diguna pakai oleh mereka yang memberi.

Sumber: Sinar Harian

The post SPRM Siasat Video Didakwa Beri ‘Sedekah’ Pada Pengundi Di Daerah Terengganu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*