SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Dipercayai Terima Rasuah Untuk Percepatkan Bayaran Kontrakor

SPRM pegawai rasuah

SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Dipercayai Terima Rasuah Untuk Percepatkan Bayaran Kontrakor

PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) — Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini, setelah disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor.

Menurut sumber, lelaki berusia 40an itu ditahan pada jam 2 petang di pejabat SPRM Putrajaya, di sini.

BACA JUGA: SPRM Serbu Lima Kilang Beras Di Kedah – Azam Baki

Sumber itu memaklumkan lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2017 hingga 2020 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun miliknya.

Pengarah SPRM Putrajaya Azizul Ahmad Sarkawi yang mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, namun individu berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin, selepas keterangannya direkodkan.

Sumber: BERNAMA

The post SPRM Tahan Pegawai Kerajaan Dipercayai Terima Rasuah Untuk Percepatkan Bayaran Kontrakor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*