Polis Tahan Lelaki Disyaki Pecahkan Patung Kuil Di Taiping 

lelaki pecahkan patung kuil

Polis Tahan Lelaki Disyaki Pecahkan Patung Kuil Di Taiping 

POH, 18 Okt (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memecahkan patung di sebuah kuil di Matang, Taiping hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 9.01 pagi tadi dan kemudiannya berjaya menahan suspek berumur 23 tahun itu di rumahnya di Matang.

BACA JUGA: Polis Tahan Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan

“Turut dirampas dua objek iaitu tukul yang dipercayai digunakan suspek untuk memecahkan patung terbabit. Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM30,000 dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan serta permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping bagi melengkapkan kertas siasatan.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Tahan Lelaki Disyaki Pecahkan Patung Kuil Di Taiping  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*