SRC: Nasib Najib Diketahui Esok

najib SRC

SRC: Nasib Najib Diketahui Esok

Esok, keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd atau sebaliknya akan diketahui.

Lapor Sinar Harian, lima panel hakim dari Mahkamah Persekutuan akan memutuskan keputusan tersebut dan sekiranya dibenarkan, tarikh lain akan ditetapkan untuk prosiding berkenaan.

Antara yang terlibat ialah Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Panel-panel tersebut berkemungkinan akan mendengar hujahan semakan daripada kedua-dua pihak pada hari yang sama.

Sekiranya mahkamah menolak permohonan Najib, Ahli Parlimen Pekan itu akan kekal di Penjara Kajang, sebagai pilihan terakhirnya.

Beliau juga difahamkan perlu mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini pada 2 September 2022, Najib telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan.

Dalam pada itu, permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai sabitan, hukuman dan denda berkaitan penyelewangan dana SRC turut dilakukan tahun lepas, pada 6 September.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Permohonan-permohonan yang diminta Najib

Permohonan tersebut telah dibuat oleh Najib melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co yang menggariskan beberapa perkara mengenai pertuduhannya.

Beliau memohon perintah supaya dibebaskan daripada tuduhan itu dan memohon perintah supaya keputusan rayuan utama diketepikan.

Selain itu, Najib turut memohon untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan.

Prosiding itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos lalu.

Pemimpin UMNO ini turut memohon rayuannya didengari korum Mahkamah Persekutuan lain dan memohon untuk mengemukakan bukti tambahan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Beliau selaku perayu diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram berada di pihak pendakwaan dalam prosiding terbabit.

BACA: Najib Bebas Dan Lepas Kes Pinda Laporan Audit 1MDB: Kemenangan Buat Kami, Kata Rosmah

Didapati bersalah pada 2020

Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2020.

Beliau dikenakan hukuman penjara 10 tahun untuk setiap tiga kes pecah amanah serta tiga kes pengubahan wang haram.

Sementara itu, hukuman yang turut diberikan adalah penjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Tetapi disebabkan hakim memerintahkan supaya hukuman itu berjalan serentak, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib.

Najib yang kini berusia 70 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Ini kerana beliau gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman dan denda pada 23 Ogos tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

The post SRC: Nasib Najib Diketahui Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*