Suami Isteri Maut, Alat Perkakasan Elektrik Terbakar

alat elektrik terbakar

Suami Isteri Maut, Alat Perkakasan Elektrik Terbakar

Sepasang suami isteri dilaporkan maut selepas rumah yang didiami mereka terlibat dalam kebakaran di Jalan Megah 8, Tamah Megah, Cheras, Selangor, lapor Astro Awani.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata bahawa panggilan kecemasan telah diterima oleh pihaknya pada awal pagi sekitar jam 2.18 pagi tadi.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran melibatkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat.

“Rumah berkenaan mengalami kebakaran sebanyak 3 peratus dan terdapat dua mangsa iaitu pasangan suami isteri yang mengalami kecederaan melecur dan sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, kedua-dua mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Lelaki Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Tangkak

Terdahulu, seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Pilah, Bukit Gambir, pada 27 Ogos lalu.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata lelaki berumur 81 tahun yang dipercayai tinggal berseorangan itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah berkenaan.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Beliau berkata, satu jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dan satu FRT serta satu utiliti bantuan dari BBP Tangkak dengan 16 anggota, digegaskan ke lokasi kejadian selepas Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan pada 6.16 pagi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 40 kaki persegi telah musnah 80 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Astro Awani

The post Suami Isteri Maut, Alat Perkakasan Elektrik Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*