‘Nikmat Dunia’, Kantin Sekolah Hidang Menu Meriah Raih Perhatian

kantin sekolah menu meriah

‘Nikmat Dunia’, Kantin Sekolah Hidang Menu Meriah Raih Perhatian

Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning berkongsi kemeriahan kantin sekolahnya yang menyajikan pelbagai menu dengan harga yang berpatutan.

Nor Afiti Basri berkata pelbagai juadah seperti laksa, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, roti canai, soto, masakan berlauk, masakan barat, roti, kek, kuih muih dan sebagainya disediakan oleh penjual kantin.

Memandangkan baru sahaja memasuki tahun baharu, Nor Afiti berkata pengetua juga mahu kantin ‘berwajah’ baharu

“Kantin sekolahku, subhanallah alhamdulillah. Nikmat dunia ni.

“Pengetua pesan tahun baharu kantin pun baharu. Setiap jumaat timbang kilo.

“Murid makin seronok datang sekolah, bila kenyang makan jangan masuk kelas tidur pula,” selorohnya di hantaran di Facebook pada Khamis lalu.

Dalam hantaran tersebut, Nor Afiti yang juga kaunselor di sekolah tersebut mengepilkan beberapa gambar menunjukkan juadah yang disediakan pada kaunter kantin.

Kredit: Nor Afiti Basri/Facebook
Kredit: Nor Afiti Basri/Facebook

Mengimbas kembali pengalamannya ketika mencuba buat kali pertama, beliau berkata meskipun dijual pada harga yang murah  namun saiz makanan yang diberi adalah banyak.

Dalam nada bergurau, beliau berkata disebabkan makanan yang dimakan adalah banyak maka ia membantutkan perjalanannya untuk menaiki anak tangga di sekolah.

“Semasa kali pertama cuba laksa beberapa hari lalu, semangkuk RM5 untuk guru. Mak ai banyak betul.

“Hari ini (Khamis) cuba limpa berempah, kerang sambal, sayur urap percuma dan sambal belacan.

“Saya tidak larat nak naik tangga pentadbir bertanggungjawab,” katanya sambil meletakkan emoji ketawa di hujung ayat.

Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian warga maya di mana rata-rata mereka meninggalkan komen meluahkan rasa kagum terhadap pengusaha kantin itu.

BACA: Tular Gambar Tikus, Kantin HSI Tutup Dua Minggu

‘Meriah sungguh…’

Sesetengah mereka juga berkata mahu mengadakan lawatan di sekolah tersebut kerana mahu menjamah hidangan yang terlihat seperti bufet di sebuah hotel.

“Nak buat meeting dekat sana la hahaha,” komen Nurshafaroziah Ibrahim.

“Menarik, ibu bapa pun terliur ni nak pergi makan di kantin sekolah,” kata Rabiatul Adawiyah Cekb.

“Alhamdulillah. Rezeki warga sekolah itu. Pengusaha kantin itu junior saya di SMK dan ada restoran dulu. Ema memang hebat orangnya,” puji Yusnita Yusop

Sumber: Nor Afiti Basri/Facebook

The post ‘Nikmat Dunia’, Kantin Sekolah Hidang Menu Meriah Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*