Suami Isteri Maut, Lapan Lagi Termasuk Bayi Cedera Kereta Bertembung

suami isteri maut

Suami Isteri Maut, Lapan Lagi Termasuk Bayi Cedera Kereta Bertembung

IPOH, 7 April (Bernama) — Pasangan suami isteri maut manakala lapan lagi termasuk seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R)  Banjaran Titiwangsa, Gerik-Jeli, hari ini.

Tiga kanak-kanak berkenaan berada dalam kereta Proton Persona yang dinaiki pasangan suami isteri itu dan lelaki yang maut dipercayai seorang veteran tentera berusia lingkungan 40-an manakala isterinya berusia 30-an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata individu yang menaiki kenderaan Toyota Innova terdiri dari seorang lelaki dan empat wanita.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasaan pada jam 12.23 tengah hari dan segera mengerahkan13  anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Innova dinaiki seorang lelaki dan empat wanita yang bertembung dengan sebuah Proton Persona dinaiki suami isteri yang maut bersama seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Setibanya di lokasi mangsa-mangsa sudah pun dikeluarkan dan anggota (bomba) membantu pihak perubatan menguruskan mangsa-mangsa itu.

“Mangsa-mangsa dihantar ke Hospital Gerik menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan, ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Suami Isteri Maut, Lapan Lagi Termasuk Bayi Cedera Kereta Bertembung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*