Ramai Tak Tahu, Macam Ini Rupanya MET Malaysia Buat Proses Pembenihan Awan

proses pembenihan awan

Ramai Tak Tahu, Macam Ini Rupanya MET Malaysia Buat Proses Pembenihan Awan

Seperti kita semua sedia maklum, beberapa kawasan di Malaysia ketika ini sedang berdepan dengan cuaca panas sejak beberapa minggu lepas.

Apabila tibanya musim panas atau kemarau, kita sering mendengar tentang operasi pembenihan awan (OPA). Melalui operasi ini, kita berharap hujan terbentuk dan turun untuk melegakan keadaan panas yang dihadapi.

Proses pembenihan awan biasanya dilakukan secara berulang kali dan berterusan sehingga hujan berjaya terbentuk. Di Malaysia, OPA biasanya dilakukan oleh Jabatan Meteorologikal Malaysia (METMalaysia).

Namun begitu, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana METMalaysia melaksanakan operasi ini dan proses yang berjalan dalam OPA, kan?

Bagaimana proses Operasi Pembenihan Awan ini dilaksanakan

Menurut MET Malaysia, operasi ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu ‘pembenihan basah’ dan ‘pembenihan kering’.

Selain itu, terdapat enam langkah yang disenaraikan oleh METMalaysia semasa OPA dilaksanakan.

Langkah pertama bermula dengan perancangan OPA diadakan atas keperluan untuk menangani masalah kekurangan pembekalan sumber air misalnya untuk sektor pertanian.

Bukan itu sahaja, OPA juga dilaksanakan untuk menghasilkan air bagi kegunaan domestik dan industri serta mengurangkan kesan jerebu.

Seterusnya, pengalisisan awal keadaan atmosfera bagi menentukan kesesuaian untuk melaksanakan operasi tersebut akan dibuat.

Selepas itu, sebanyak 200 kilogram larutan garam (natrium klorida) dicampurkan dengan 1,500 liter air akan dimuatkan ke dalam satu tangki.

Menurut METMalaysia, satu OPA yang dijalankan memerlukan sebanyak empat tangki campuran berkenaan disediakan.

Satu Operasi Pembenihan Awan memerlukan penggunaan empat tangki.

Memasuki langkah keempat, kesemua tangki berkenaan dimuatkan ke dalam pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia. Pesawat akan berlepas menuju kawasan awan yang dipilih dan biasanya terletak pada ketinggian 1,500-2000 meter dari permukaan bumi.

Kemudian, METMalaysia akan melakukan pengesanan lokasi awan Kumulus Menara dan proses semburan larutan garam dimulakan di kawasan tersebut.

Proses itu bagi menggalakkan pembentukan titisan awan agar beratnya mencukupi untuk turun sebagai hujan.

Ujar METMalaysia lagi, hujan biasanya akan turun antara 30-60 minit selepas OPA dilaksanakan.

Anda boleh merujuk infografik di bawah untuk memahami lebih lanjut proses OPA dilaksanakan. Semoga bermanfaat.

BACA: Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima

Kredit: Laman Facebook Malaysian Meteorological Department

BACA: Kebakaran Hutan Di Texas Semakin Merebak, Paksa Penduduk Selamatkan Diri

Sumber: Laman Facebook Malaysian Meteorological Department

The post Ramai Tak Tahu, Macam Ini Rupanya MET Malaysia Buat Proses Pembenihan Awan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*