Sujud Lama, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Subuh 

imam meninggal solat subuh

Sujud Lama, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Subuh 

KALIMANTAN  —  Seorang imam dilaporkan meninggal dunia sewaktu mengimamkan para jemaah pada solat Subuh di Masjid Jami Al Ula, Balikpapan Barat pada Selasa, lapor Liputan6.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan memaparkan Allahyarham yang dikenali H Samsul Bahri menghembuskan nafas terakhirnya ketika sujud.

Menurut saksi, Abdul Kadir, yang juga salah seorang pentadbir Badan Kebajikan Masjid (DKM) berkenaan, sewaktu kejadian, dia sedang menunaikan solat di saf kedua.

Gambar: Liputan6

“Arwah meninggal dunia dalam sujud pertama, rakaat pertama solat Subuh,” katanya sewaktu ditemui oleh liputan6 di Masjid Al Ula Jami.

BACA: Selepas 95 Tahun, Disney Hilang Hak Cipta Mickey Mouse

Tambahnya, Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 5.15 pagi waktu tempatan. Ketika itu, salah seorang makmum, H Burhansyah yang juga imam masjid itu menggantikan tempat Allahyarham dan meneruskan solat Subuh itu.

Abdul memberitahu bahawa Allahyarham seorang yang tidak pernah mempunyai perselisihan faham dengan orang lain dan merupakan ahli jemaah serta pentadbir DKM yang aktif.

“Kami selaku DKM Masjid Jami Al Ula merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Insya-Allah beliau meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah,” katanya lagi.

Selepas solat Subuh selesai, jenazah Allahyarham dibawa oleh jawatankuasa masjid ke Hospital Sayang Ibu yang terletak di Balikpapan Barat.

Jenazah kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga yang tinggal di Jalan Letjen Suprapto, Balikpapan Barat.

Solat jenazah dilakukan selepas solat Asar di Masjid Jami Al Ula sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Taman Merdeka, Kampung Baru Ulu.

Video kematian yang dicemburui itu tular di media sosial dengan ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham.

BACA JUGA: Lelaki Maut, Leher Tersepit Di Pintu “Shutter” ATM

Terdahulu dalam satu insiden di Malaysia, seorang imam di Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor dilaporkan meninggal dunia selepas selesai membacakan khutbah dan solat Jumaat, lapor Sinar Harian.

Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim, 73, didapati rebah sejurus memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2.00 petang.

Penghulu Mukim Padang Raja, Fadli Shah Ismail berkata, arwah sempat menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan solat Jumaat.

Sumber: Liputan6

The post Sujud Lama, Imam Meninggal Dunia Ketika Pimpin Solat Subuh  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*