Suri Rumah, Dua Anak Maut Kereta Bertembung Treler

suri rumah anak maut

Suri Rumah, Dua Anak Maut Kereta Bertembung Treler

KUANTAN, 15 Dis (Bernama) — Seorang suri rumah dan dua anaknya maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler di kilometer 17 Jalan Lipis-Benta, di Penjom dekat Kuala Lipis, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata nahas pada 2.25 pagi itu menyebabkan kesemua mangsa yang menaiki Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mereka yang meninggal dunia ialah Nor Faizah Ridzuan, 34, yang beralamat di Kok Lanas, Kelantan dan dua anaknya Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman, 10, serta Muhammad Hafiy Azman, tiga tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan dan merempuh treler tersebut.

“Kemalangan menyebabkan kereta itu diseret treler dan merempuh besi penghadang jalan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan dari ibu negara.

Pemandu treler berusia 48 tahun tidak cedera dalam kejadian itu.

Mayat tiga beranak itu dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Selalu Ditanya “Asal Lahir Di Negeri Mana?”, Ini Respon Jojo Ghazali

Sumber: BERNAMA

The post Suri Rumah, Dua Anak Maut Kereta Bertembung Treler appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*