Mayat Terbakar Ditemui Di Kebun Kelapa Sawit

Mayat Terbakar Kebun Sawit

Mayat Terbakar Ditemui Di Kebun Kelapa Sawit

SUNGAI BESAR — Dalam satu kejadian di Kampung Sungai Limau, mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan terbakar di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu hari ini.

Nampak Asap Dalam Semak

Memetik Sinar Harian, penemuan mayat terbabit disedari oleh orang awam susulan ternampak asap di dalam semak sewaktu melalui kawasan berhampiran sekitar jam 7 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian.

Sehubungan itu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Kita masih menjalankan siasatan awal berhubung penemuan mayat berkenaan,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang awam untuk membuat laporan polis jika mempunyai ahli keluarga yang hilang atau tidak pulang ke rumah.

BACA JUGA: Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Di Ladang Kelapa Sawit

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi membantu siasatan,” jelasnya lagi.

Justeru, semua pihak dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang andaian berhubung motif kejadian terbabit.

Tambahan lagi, orang awam diminta untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian berikutan masih belum dapat dikenal pasti, maklumnya.

Mayat Tanpa Identiti Dengan Kesan Terbakar

Terdahulu, satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar pada keseluruhan badan telah ditemui di tepi jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 8.15 pagi. Susulan itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, mayat berkenaan ditemukan kira-kira tiga meter di bawah satu cerun dalam keadaan tertiarap.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan terbakar keseluruhan badan kecuali pada bahagian betis kanan.

“Tiada dokumen pengenalan ditemui, dan setakat ini kita belum mengetahui identiti atau jantina mangsa. Berdasarkan siasatan awal kita percaya mangsa meninggal dunia di tempat lain dan dibawa ke sini sebelum dibakar,” katanya.

Tambah Abdul Rahim, mayat berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BACA JUGA: Penerbit Yang Semakin Melonjak, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

Sumber: Sinar Harian

The post Mayat Terbakar Ditemui Di Kebun Kelapa Sawit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*