Syarikat Jerman, Infineon Umum Tambah Pelaburan RM 25 Bilion Di Kedah – Tengku Zafrul

infineon rm 25 bilion kedah

Infineon Rancang Labur RM 25 Bilion Di Kedah Dalam Tempoh 5 Tahun Akan Datang

Syarikat penyedia penyelesaian semikonduktor Jerman, Infineon akan menambah pelaburan sebanyak RM 25 bilion di Kulim , Kedah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berita gembira berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Perdaganan Antarabangsan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebentar tadi.

Katanya lagi, pelaburan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan Infineon untuk membina kilang penghasilan 200mm SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

Produk tersebut digunakan untuk pelbagai aplikasi perindustrian seperti dalam teknologi solar, storan tenaga dan pengecasn EV berkuasa tinggi.

”Keputusan Incheon untuk mengembangkan fasiliti berkelas dunia mereka di Kulim bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, malah meletakan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi hijau.

”Ia adalah aspek penting untuk mencapai matlamat pembangunan global Malaysia yang mampan,” katanya.

Sumber: Twitter Tengku Zafrul

The post Syarikat Jerman, Infineon Umum Tambah Pelaburan RM 25 Bilion Di Kedah – Tengku Zafrul appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*