Fenomena Bulan Penuh Berwarna “Pink” Dijangka Hiasi Langit Awal Pagi Ini

Bulan penuh pink

Fenomena Bulan Penuh Berwarna “Pink” Dijangka Hiasi Langit Awal Pagi Ini

Bulan purnama April ‘pink’ akan mula boleh dilihat pada malam Rabu dan memuncak pada awal pagi Khamis nanti, lapor CNN.

“Bulan penuh April, pada pandangan pertama akan kelihatan seperti Bulan penuh yang lain,” kata Dr Noah Petro, ketua makmal geologi planet, geofizik dan geokimia NASA.

Walau bagaimanapun, ia akan “memberi peluang istimewa untuk melihat Bulan yang indah dan mula melihat perubahan kepada Bulan semasa fasa yang berbeza.

“Saya menggalakkan orang ramai untuk membersihkan teropong atau teleskop mereka untuk melihat Bulan dengan teliti. Cuba lihat perbezaan (kawasan terang dan gelap) yang mencerminkan komposisi batu yang berbeza,” kata Dr Noah lagi.

Kejadian bulan purnama boleh dilihat oleh mereka yang berada di hemisfera Utara dan Selatan kerana ia dianggap berada dalam fasa bulan penuh sehingga 12 jam sebelum dan selepas puncaknya.

Bulan penuh tersebut tidak akan kelihatan sangat berbeza dengan mata manusia sehari sebelum atau selepas waktu puncaknya.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Untuk melihat bulan merah jambu secara optimum, Noah mengesyorkan agar mencari tempat dengan pencemaran cahaya yang minimum dan mempunyai pemandangan yang jelas.

Mereka yang melihat guna teleskop juga berpeluang untuk melihat Zuhrah dan Marikh, kerana planet itu akan berada agak hampir dengan bulan di langit.

“Apabila orang ramai melihat bulan, saya mahu mereka menganggap bukan sahaja sebagai objek yang berdekatan di angkasa, tetapi menganggap bulan seperti benua kelapan Bumi,” tambah Noah menerusi emel.

Merujuk kepada program lunar NASA Artemis, beliau menambah, “Kami sedang bersiap sedia untuk menghantar semula angkasawan ke Bulan serta banyak lagi misi robotik ke permukaannya.

“Beberapa tahun akan datang ia akan menjadi sangat menarik untuk sains lunar!” tulis Noah lagi.

Bulan merah jambu adalah titik tumpuan kepada bunga dan pokok yang mekar dibawa oleh cuaca musim bunga.

Bulan merah jambu mendapat namanya daripada bunga liar merah jambu panas, Phlox subulata, tumbuhan yang tumbuh dalam dedaunan yang tebal.

Bunga liar itu berasal dari timur Amerika Utara dan sering menarik rama-rama. Ia kemudian menandakan ketibaan musim bunga, menurut Farmers’ Almanac.

Bulan purnama April tahun ini juga merupakan bulan purnama pertama bagi musim bunga yang dikenali sebagai bulan purnama Paskah.

Peristiwa lunar ini amat penting bagi mereka yang merayakan Prakash, kerana tarikh perayaan agama jatuh pada hari Ahad selepas bulan Paskash muncul di langit.

Sumber: CNN

The post Fenomena Bulan Penuh Berwarna “Pink” Dijangka Hiasi Langit Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*