Taib Mahmud Semakin Pulih, Akan Pulang Ke Sarawak Dalam Masa Terdekat – Astana Sarawak

Taib Mahmud semakin pulih

Taib Mahmud Semakin Pulih, Akan Pulang Ke Sarawak Dalam Masa Terdekat – Astana Sarawak

Astana Negeri Sarawak pada hari ini mengesahkan bahawa tahap kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semakin baik, lapor Astro Awani.

Dalam kenyataannya pada hari ini, Astana Negeri Sarawak berkata bahawa atas nasihat doktor, Abdul Taib hanya akan kembali ke Sarawak dalam masa terdekat.

“Astana Negeri Sarawak berharap agar rakyat sentiasa bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita atau spekulasi yang tidak sahih mengenai tahap kesihatan Tun Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Dalam pada itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mengesahkan bahawa Abdul Taib masih melalui fasa pemulihan.

Jelas Abang Johari, Abdul Taib masih berada di luar negara dan sedang berehat. Beliau juga dikatakan masih dalam pemantauan oleh pihak hospital.

“Penjelasannya begini… dia dalam leave… cuti… dan dia jatuh sakit di luar negara dan keadaannya dia sekarang ialah sudah pulih dan dia masih rehat.

“Kita gunalah final report (pengesahan kesihatan) daripada pihak hospital. Lepas ini dia akan balik,” katanya.

Abang Johari berkata demikian selepas perasmian Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di peringkat negeri.

Majlis itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (Ipk) Sarawak di Kuching pada pagi tadi.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Pada 1 Ogos lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan, Datuk Seri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata bahawa Abdul Taib telah jatuh sakit.

Abdul Taib dikatakan jatuh sakit semasa beliau berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan di hospital.

Bagaimanapun, keadaan semasanya masih sihat dan tidak memerlukan pelantikan pemangku yang Dipertua Negeri.

Abdul Taib dikatakan sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan masih boleh melaksanakan tugas rasminya.

Sumber: Astro Awani

The post Taib Mahmud Semakin Pulih, Akan Pulang Ke Sarawak Dalam Masa Terdekat – Astana Sarawak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*