Tak Ada “Steam Iron”? Guna Kertas Aluminium & Ikut Tips Ni, Baju Cepat Hilang Kedut

kertas aluminium baju kedut

Tak Ada “Steam Iron”? Guna Kertas Aluminium & Ikut Tips Ni, Baju Cepat Hilang Kedut

Seterika berwap atau nama glamournya ‘steam iron’ merupakan impian bagi para ibu di luar sana. Walaupun pakaian tersebut diseterika pada satu bahagian sahaja, bahagian yang bertentangan pun akan terus ‘licin’.

Namun, harga seterika stim yang menjadi idaman ini biasanya memiliki harga yang agak ‘keras’. Harga sebuah seterika ini yang berkualiti premium mampu mampu mencecah kira-kira RM1,000, betul-betul macam harga tiket Coldplay.

Jadi, cita-cita untuk memakai seterika ‘kayangan’ ini terpaksa ditangguhkan sementara waktu demi memenuhi keperluan asas terlebih dahulu.

Berpegang pada pepatah ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit,’ anda boleh mengumpul duit untuk membeli seterika ini. Namun proses ini berkemungkinan agak sukar, jika kita tidak berdisiplin dalam usaha menyimpan wang.

Ini akan memanjangkan lagi tempoh ‘kempunan’ yang dihadapi dan tiada jaminan seterika tersebut akan dibeli suatu hari nanti.

Namun begitu, ada satu helah rahsia yang dapat membantu anda mendapatkan hasil seterika seperti seterika stim ini.

Seorang pengguna TikTok (@julespitch) telah menunjukkan helahnya untuk menyeterika pakaian dengan mudah, tanpa mengguna seterika mahal.

Magik baju cepat hilang kedut, guna kertas aluminium masalah selesai

Dalam video tersebut, wanita tersebut mengatakan bahawa helah ini hanya memerlukan satu bahan rahsia iaitu kertas aluminium foil.

Kertas kerajang alumunium merupakan barangan lazim di rumah dan juga boleh didapati dengan harga yang murah.

Pertama sekali, buka pelapik papan seterika anda daripada papannya. Maka, anda akan nampak rangka bagi papan seterika anda.

Selepas itu, ambil kertas kerajang aluminium dan balutkan pada rangka papan seterika tadi. Balutkan papan tersebut secara kemas dan menyeluruh.

Semasa membalut papan tersebut, pastikan permukaan aluminium tersebut rata, lagi-lagi dibahagian atas agar tidak mengganggu pengalaman anda ketika mengguna seterika.

Kemudian, pakaikan papan yang dibaluti kertas aluminium tadi dengan pelapis papan seterika itu semula.

Untuk menguji kelancaran proses, anda boleh mengambil mana-mana pakaian dan menggunakan seterika untuk menyeterika pakaian tersebut di atas papan seleterika yang sudah dinaik taraf.

@julespitch

Belum ada budget beli steam iron philps gosok sebelah boleh cuba tips jimat ni 😍 nanti kumpul la duit beli eh 🫣 #tipsdapur #tipsjimat #steamironphilips #fypdongggggggg #fypシ

♬ salah jodoh – acha

Hasilnya, baju yang diseterika ini lebih cepat hilang kedut dan kemas. Cubalah.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: julespitch via TikTok

 

The post Tak Ada “Steam Iron”? Guna Kertas Aluminium & Ikut Tips Ni, Baju Cepat Hilang Kedut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*