Buat Hal, Polis Terkejut Dapati Suspek Terberak Dalam Seluar Ketika Ditahan

terberak dalam seluar

Buat Hal, Polis Terkejut Dapati Suspek Terberak Dalam Seluar Ketika Ditahan

Sebuah video lucu yang memaparkan suspek kes kecurian yang ditahan polis secara tiba-tiba membuang air besar dalam seluar tular di media sosial Indonesia.

Memetik Suara.com, video perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @lambe.turah.sulut.

Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki dapat dilihat telah ditahan oleh empat orang polis dengan tangannya digari dan berada di dalam kereta polis.

Anggota polis yang duduk di bahagian penumpang belakang bersama suspek mula terhidu bau busuk sehingga dia membuka tingkap kereta tersebut.

“Busuknya,” terdengar suara polis itu mengeluh seperti di dalam video rakaman tersebut.

Rakan sekerjanya yang duduk di hadapan menyedari bahawa itu adalah bau najis yang datang daripada suspek yang duduk di tengah-tengah.

“Kau buang air besar ke,” kata anggota polis yang duduk di hadapan tersebut.

Mendengar hal itu, anggota polis yang menghidu bau tersebut dengan serta-merta terkejut dan terkedu.

Mereka akhirnya bertanya kepada suspek sama ada dia benar-benar telah membuang air besar dalam seluarnya atau tidak.

“Kau terberak? Terberak kan?” soal anggota polis tersebut kepada suspek.

Suspek akhirnya mengaku terberak dalam seluar

Selepas disoal berulang kali, suspek akhirnya mengaku dengan malu-malu.

Serta-merta kereta polis itu dihentikan dan anggota yang berada di dalam kereta tersebut segera keluar dari kereta berkenaan.

Suspek kemudiannya segera diminta keluar dari dalam kereta polis tersebut sambil dimaki oleh anggota polis berkenaan.

Ekspresi wajah polis yang terkejut dengan kejadian suspek membuang air besar dalam seluar itu dengan pantas telah membuatkan ramai netizen meninggalkan komen mereka.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Hidung polis sangat tajam,” tulis seorang netizen bergurau dengan kehandalan anggota polis itu menghidu bau najis suspek tersebut.

“Cara terbaik untuk melarikan diri dari polis,” tulis seorang netizen lagi bergurau.

“Ya Allah sakit perut aku tahan ketawa. Kesian sampai terberak di dalam seluar,” tulis seorang lagi netizen yang terhibur dengan aksi tersebut.

Sumber: Suara.com, TikTok/@lambeturahsulut_

The post Buat Hal, Polis Terkejut Dapati Suspek Terberak Dalam Seluar Ketika Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*