Tak Akan Berkerak, Wanita Ajar Cara Masak Nasi Bagi Cantik & Lembut Guna Dapur Gas

cara masak nasi guna dapur gas

Tak Akan Berkerak, Wanita Ajar Cara Masak Nasi Bagi Cantik & Lembut Guna Dapur Gas

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun bangsa. Boleh dikatakan, nasi adalah sumber karbohidrat yang penting dalam diet masyarakat di rantau Asia.

Disebabkan ini, periuk nasi automatik merupakan satu peranti elektrik yang penting bagi isi rumah Malaysia.

Walau bagaimanapun, ada beberapa kes yang mana periuk nasi automatik tidak dapat digunakan untuk memasak.

Sama ada, peranti itu sudah rosak ataupun terdapat masalah dari segi sambungan elektrik di rumah.

Namun, ini tidak menghalang masyarakat Malaysia untuk memasak nasi untuk memenuhi keperluan karbohidrat dalam diet seharian.

Akan tetapi, memasak nasi di atas dapur gas agak leceh kerana kita perlu sentiasa memerhatikan keadaan nasi yang dimasak itu.

Selain itu, nasi yang dimasak pada dapur gas cenderung untuk meninggalkan kesan kerak pada dasar periuk.

Sudah semestinya, kerak tersebut sukar untuk ditanggalkan dan menyebabkan kita termenung jauh.

Ada cara untuk masak nasi di atas dapur gas

Jangan risau, seorang pengguna TikTok (@bungabonda) ada mengajar tips untuk memasak nasi di atas dapur gas dengan baik.

Pertama sekali, masak nasi seperti biasa dan tunggu sehingga air betul-betul kering. Tutup api dengan segera.

Kemudian, gembar-gemburkan nasi sehingga tekstur nasi menjadi lembut dan sebati.

Seterusnya, angkat periuk nasi tadi dan alihkan dari dapur gas. Sementara tungku dapur masih panas, gunakan pengepit untuk mengangkat dan menterbalikkan tungku tersebut. secara perlahan-lahan.

Hal ini adalah untuk memastikan jarak antara api dengan periuk yang digunakan untuk memasak nasi tidak terlalu dekat.

masak nasi atas tungku
Kredit: TikTok

Jadi, nasi yang dimasak tidak akan berkerak dengan sangat dahsyat sehingga menyukarkan proses cucian.

Selepas itu, buat bentuk lubang pada tengah-tengah nasi untuk mendapatkan lebih banyak ruang wap panas.

masak nasi atas tungku
Kredit: TikTok

Ini dapat menpercepatkan proses memasak nasi serta memberikan tekstur yang lebih lembut dan lebih sekata.

Letakkan semua periuk nasi tadi di atas tungku yang diterbalikkan tadi dan gunakan api yang sederhana kecil.

masak nasi atas tungku
Kredit: TikTok

Tunggu sampai nasi masak dalam lingkungan lima minit. Selepas lima minit, anda boleh mendapati bahawa nasi yang dimasak di atas dapur gas berada dalam keadaan sempurna.

@bungabonda

#jangan risau lagi..nasi tidak akan berkerak..cantik lembut masak sempurna 🤤👍😍❤👌🌟selamat mencuba🤲

♬ bunyi asal – Bungakesayangan – Bungakesayangan

BACA: Nak Padam Akaun Threads? Kena Padam Akaun Instagram Dulu Baru Boleh

Sumber: @bungabonda via TikTok

The post Tak Akan Berkerak, Wanita Ajar Cara Masak Nasi Bagi Cantik & Lembut Guna Dapur Gas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*